Connect with us

Terkini

Lebih separuh daripada 1,292 sekolah di Sabah daif

Lebih separuh daripada 1,292 sekolah rendah dan menengah di Sabah ketika ini dilaporkan berdepan masalah bangunan yang berkeadaan daif atau uzur.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih separuh daripada 1,292 sekolah di Sabah daif
Foto: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
  • “Berdasarkan rekod JPNS pada 2022 terdapat 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di Sabah. Namun daripada bilangan sekolah itu sekurang-kurangnya 54.5 peratus disifatkan berkeadaan daif dan uzur serta memerlukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera,” – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya
  • “Secara terperinci sebanyak 414 sekolah disahkan Jabatan Pendidikan Sabah memiliki bangunan pada skala enam atau tidak selamat pada 2020.”
  • “Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau adalah salah satu sekolah yang ada di Parlimen Putatan. Satu blok bangunan konkrit dua tingkat di sekolah ini yang menempatkan kelas pengajaran dan pembelajaran murid diisytiharkan tidak selamat oleh JKR sebanyak dua kali iaitu pada 2015 dan 2022.
  • “Laporan ini sudah dihantar ke KPM dan salinan kepada Jabatan Pendidikan Sabah. Namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau kerja-kerja pembaikan dijalankan.

KOTA KINABALU: Lebih separuh daripada 1,292 sekolah rendah dan menengah di Sabah ketika ini dilaporkan berdepan masalah bangunan yang berkeadaan daif atau uzur.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata perangkaan itu berdasarkan rekod terbaharu Jabatan Pendidikan Sabah pada tahun lalu.

“Berdasarkan rekod JPNS pada 2022 terdapat 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di Sabah. Namun daripada bilangan sekolah itu sekurang-kurangnya 54.5 peratus disifatkan berkeadaan daif dan uzur serta memerlukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan mendedahkan perkara itu pada perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, malam tadi.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata secara terperinci sebanyak 414 sekolah disahkan Jabatan Pendidikan Sabah memiliki bangunan pada skala enam atau tidak selamat pada 2020.

Katanya, berdasarkan laporan Menteri Pendidikan pada masa itu, sebanyak 52 sekolah lagi mempunyai bangunan pada skala tujuh iaitu bangunan tidak selamat dengan pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, di kawasan Parlimen Putatan yang diwakilinya juga ada sekolah dengan bangunan berkeadaan daif serta tidak selamat digunakan.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau adalah salah satu sekolah yang ada di Parlimen Putatan. Satu blok bangunan konkrit dua tingkat di sekolah ini yang menempatkan kelas pengajaran dan pembelajaran murid diisytiharkan tidak selamat oleh JKR sebanyak dua kali iaitu pada 2015 dan 2022.

“Laporan ini sudah dihantar ke Kementerian Pendidikan (KPM) dan salinan kepada Jabatan Pendidikan Sabah. Namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau kerja-kerja pembaikan dijalankan.

“Hal ini menyebabkan murid di sekolah itu terpaksa menggunakan blok bangunan kayu lain yang sudah usang,” katanya.

Beliau berkata, selain isu struktur sekolah yang daif dan tidak selamat, Sabah juga masih berdepan isu sekolah tumpang.

Katanya, sehingga tahun lalu, sebanyak 23 sekolah di Sabah terpaksa beroperasi dengan menumpang di sekolah lain.

“Justeru, saya memohon KPM melihat semula isu ini dan mengambil tindakan penyelesaian segera,” katanya.

Shahelmey turut menekankan mengenai pembinaan sekolah dengan kemudahan lebih baik yang diperlukan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sabah.

Beliau berkata, ia termasuk pembinaan sekolah baharu, penambahbaikan sekolah sedia ada dan pembelian peralatan serta perisian pendidikan terkini.

Sumber: Berita Harian 

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending