Connect with us

Terkini

Kuota haji dijangka bertambah tahun ini – Zambry

Kuota haji jemaah Malaysia dijangka bertambah daripada jumlah yang sudah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi pada ketika ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kuota haji dijangka bertambah tahun ini - Zambry
Foto: Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
  • Kuota haji jemaah Malaysia dijangka bertambah daripada jumlah yang sudah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi pada ketika ini.
  • Beliau memberi jaminan, sebanyak 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M yang sudah dipersetujui Arab Saudi sebelum ini juga tidak akan dipotong. – Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 
  • “Insya-Allah kuota haji kepada Malaysia tidak akan dipotong dan kemungkinan besar akan ditambah,” katanya.
  • Zambry berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk mempertingkatkan lagi jumlah dagangan dua hala yang akhir-akhir ini sudah pun menunjukkan peningkatan drastik.

KUALA LUMPUR: Kuota haji jemaah Malaysia dijangka bertambah daripada jumlah yang sudah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi pada ketika ini.

Perkembangan positif itu dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hasil pertemuan beliau bersama rakan sejawatannya, Putera Faisal Farhan.

Beliau memberi jaminan, sebanyak 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M yang sudah dipersetujui Arab Saudi sebelum ini juga tidak akan dipotong.

“Saya menyampaikan penghargaan negara atas keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia untuk urusan ibadah haji dan umrah.

“Insya-Allah kuota haji kepada Malaysia tidak akan dipotong dan kemungkinan besar akan ditambah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam pertemuan sama, beliau berkata, Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk memuktamadkan rundingan dengan segera bagi menginstitusikan Majlis Koordinasi Malaysia-Arab Saudi (SMCC) yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala di masa hadapan.

Zambry berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk mempertingkatkan lagi jumlah dagangan dua hala yang akhir-akhir ini sudah pun menunjukkan peningkatan drastik.

“Sebagai koordinator untuk hubungan ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu merealisasikan Sidang Kemuncak yang akan dihoskan oleh Arab Saudi pada tahun ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua pertubuhan serantau ini,” katanya.

Katanya, pertukaran lawatan di antara Malaysia dan Arab Saudi pasca pandemik akan dipertingkat termasuk bagi mencari ruang dan peluang melalui Visi Arab Saudi 2030 yang menjadi agenda pembangunan sangat baik untuk diterokai secara bersama.

“Saya percaya pertemuan ini sudah membuka lembaran baharu bagi hubungan kedua-dua negara. Arab Saudi kekal sebagai sahabat karib Malaysia dan Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk terus menerokai setiap peluang yang ada untuk membawa hubungan istimewa ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Pihak kerajaan Arab Saudi juga menyatakan mereka amat mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam waktu terdekat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending