Connect with us

Terkini

KPM diminta kembalikan tulisan jawi dalam SPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta mengembalikan semula tulisan jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sebagai usaha menyemarakkan tulisan jawi.

Wartawan TMT

Published

on

KPM diminta kembalikan tulisan jawi dalam SPM
Foto: Sabri Azit.
  • Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit, berkata walaupun nampak mudah tiada slot tersebut dalam SPM, namun sudah tiada lagi program atau aktiviti semarak Jawi di peringkat menengah atas dan sudah hilang aktiviti meneruskan kesinambungan Jawi.
  • “Saya berharap pihak kementerian mengembalikan tulisan Jawi, terutama dalam peperiksaan, sebanyak 12 markah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam SPM.
  • “Perkara ini harus datang daripada seorang diamanahkan Menteri Pendidikan. Sekiranya menteri terlepas pandang keputusan dibuat, maka seluruh institusi pendidikan tersekat dan terhad pembelajaran Jawi bagi disambungkan dari generasi ke generasi yang akan datang.”
  • Kerajaan dicadangkan sediakan peruntukan memantapkan pedagogi Jawi dalam kalangan guru sekolah di semua peringkat.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta mengembalikan semula tulisan jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sebagai usaha menyemarakkan tulisan jawi.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit, berkata walaupun nampak mudah dengan tiadanya slot tersebut dalam SPM, namun sudah tiada lagi program atau aktiviti semarak Jawi di peringkat menengah atas dan sudah hilang aktiviti untuk meneruskan kesinambungan Jawi.

“Saya berharap pihak kementerian dapat mengembalikan semula tulisan Jawi, terutama dalam peperiksaan, sebanyak 12 markah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam SPM.

“Perkara ini harus datang daripada seorang yang diamanahkan sebagai Menteri Pendidikan. Sekiranya menteri terlepas pandang dengan keputusan yang dibuat, maka seluruh institusi pendidikan akan tersekat dan terhad pembelajaran Jawi bagi disambungkan dari generasi ke generasi yang akan datang,” katanya semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Dewan Munsyi Jawi turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan bagi memantapkan pedagogi Jawi dalam kalangan guru sekolah di semua peringkat.

Ini kerana beliau percaya guru dalam bidang kemanusiaan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam perlu diberi kefahaman mengenai pengkaedahan tulisan Jawi.

“Saya sebutkan di sini kerana Jawi tidak lagi dominan di sekolah arus perdana, apatah lagi DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) sering menjadikan Jawi sebagai tulisan yang dinamik dengan maksud kedinamikan ini bagi memperkukuh tulisan Jawi agar dapat diterima dengan baik oleh khalayak. Sudah tentu guru juga tidak dapat mengikuti perubahan semasa,” katanya.

Beliau berharap kerajaan membuka peluang yang luas kepada DBP bagi melahirkan lebih ramai Munsyi Jawi dan terbuka untuk semua masyarakat majmuk untuk bersama mengangkat dan menjulang tulisan Jawi yang merupakan khazanah bernilai negara. 

Sumber: Harakah Daily

 

 

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending