Connect with us

Terkini

KPDN tidak nafi masih berlaku masalah bekalan telur

KPDN tidak menolak kemungkinan masih berlaku gangguan bekalan telur di beberapa kawasan dan akan terus melakukan pemantauan.

Wartawan TMT

Published

on

KPDN tidak nafi masih berlaku masalah bekalan telur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut kenyataan Bahagian Penguatkuasa KPDN , bagi pastikan kestabilan bekalan, kerajaan melaksanakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam dan sedang berkuatkuasa sehingga hari ini.
  • “KPDN akan kawal harga telur ayam gred A (45 sen biji), B (43 sen sebiji) dan C (41 sen sebiji).
  • “Sebaliknya telur ayam biasa tidak dikawal ialah gred AA, D dan E, manakala telur ayam biasa diperkayakan tidak dikawal ialah telur ayam Omega, Enrich dan sebagainya.”
  • “Menjelang musim perayaan, seramai 2,200 pegawai penguatkuasa digerakkan bagi laksanakan pemeriksaaan harga di premis seluruh negara termasuk premis jual telur ayam merangkumi pasar awam, kedai runcit, pasar raya serta premis-premis lain di kawasan bandar mahupun luar bandar,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menolak kemungkinan masih berlaku gangguan bekalan telur di beberapa kawasan dan akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan perkara itu dapat diatasi.

Menurut kenyataan Bahagian Penguatkuasa KPDN, bagi memastikan kestabilan bekalan, kerajaan melaksanakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam dan sedang berkuatkuasa sehingga hari ini.

Menurut kenyataan itu, ada tiga jenis kategori telur ayam yang berada di pasaran negara yang dikawal dan tidak dikawal harganya oleh kerajaan.

“KPDN akan mengawal harga telur ayam gred A (45 sen biji), B (43 sen sebiji) dan C (41 sen sebiji).

“Sebaliknya telur ayam biasa yang tidak dikawal ialah gred AA, D dan E, manakala telur ayam biasa yang diperkayakan tidak dikawal ialah telur ayam Omega, Enrich dan sebagainya.

“Justeru menjelang musim perayaan ini, seramai 2,200 pegawai penguatkuasa digerakkan bagi melaksanakan pemeriksaaan harga di premis seluruh negara termasuk premis yang menjual telur ayam merangkumi pasar awam, kedai runcit, pasar raya serta premis-premis lain di kawasan bandar mahupun luar bandar,” menurut kenyataan itu kepada BH, hari ini.

Berdasarkan laporan, masih terdapat masalah bekalan telur ayam yang tidak stabil di beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu.

Berdasarkan kenyatan itu, statistik penguatkuasaannya di seluruh negara bermula 5 Februari 2022 sehingga 5 Februari lalu menunjukkan sebanyak 167,406 premis sudah diperiksa di seluruh negara membabitkan peringkat borong dan runcit.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,436 kes dilaporkan yang membabitkan nilai sitaan berjumlah RM338,220.37 dan KPDN juga menerima sebanyak 27 aduan berkaitan telur ayam pada tahun ini.

“Jadi tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang cuba menganggu bekalan serta memanipulasi harga.

“KPDN juga sentiasa melaksanakan sesi libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pihak peniaga bagi memastikan bekalan sedia ada sentiasa mencukupi.

“Tambahan, KPDN juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga secara keterlaluan dan sekiranya melanggar perundangan berkaitan akan dikenakan tindakan yang tegas,” katanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang aduan boleh menyalurkannya melalui beberapa saluran seperti WhatsApp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000; portal e-Aduan KPDN http://e.aduan.kpdn.gov.my; aplikasi Ez ADU KPDN dan Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088/6245.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending