Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu fokus bantu daerah mundur, miskin di Sabah – MP Kudat

Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu fokus bantu daerah mundur, miskin di Sabah - MP Kudat
Foto: Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.
  • Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menjelaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.
  • “Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.
  • “Usaha-usaha sebegini perlu kita tingkatkan sebab dalam usaha mengubah nasib rakyat di Kudat daripada daerah mundur kepada daerah yang maju,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.

“Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.

“Usaha-usaha sebegini perlu kita tingkatkan sebab dalam usaha mengubah nasib rakyat di Kudat daripada daerah mundur kepada daerah yang maju,” katanya.

Selain itu, Verdon yang merupakan wakil rakyat Bebas berkata, Perdana Menteri disifatkan sangat dekat dalam menghayati denyut nadi rakyat di Sabah dan Sarawak menerusi kesungguhan melaksanakan secara tuntas isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, ia dapat dilihat menerusi pengembalian pelaksanaan hak tatakelola minyak dan gas selain urus tadbir sumber tenaga ke Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut meletakkan harapan pemberian geran khas kepada Sabah yang termaktub dalam MA63 dapat direalisasikan.

“Inilah harapan kita perkara-perkara (hak) ini dapat disegerakan sebab ia akan menjadi sumber besar untuk memajukan negeri Sabah itu sendiri.

“Saya lebih fokus kepada perkara yang perlu dilakukan di Sabah memandangkan Sabah merupakan negeri yang sangat terbelakang (dari segi pembangunan),” katanya yang turut menyifatkan Anwar telah menampak satu kemajuan yang belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending