Connect with us

Terkini

Kerajaan dicadang tubuh dana kekayaan negara tambah baik ketelusan, akauntabiliti sumber pendapatan negara

Kerajaan dicadang menubuhkan dana kekayaan negara sebagai langkah untuk menambah baik ketelusan dan akauntabiliti sumber pendapatan negara terutamanya dalam sektor minyak dan gas, kata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan dicadang tubuh dana kekayaan negara tambah baik ketelusan, akauntabiliti sumber pendapatan negara
Foto: Ahli Parlimen Bagan,  Lim Guan Eng.
  • Langkah itu lebih baik dari cadangan untuk senaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas). – Ahli Parlimen Bagan,  Lim Guan Eng.
  • “Modul ini sangat relevan untuk Petronas kerana ia banyak persamaan dengan syarikat tersebut (syarikat minyak nasional). Seperti Petronas, dana merupakan entiti kerajaan punyai mandat jangka panjang dalam uruskan kekayaan dari sektor minyak dan gas.
  • “Malaysia mempunyai hutang RM1.5 trilion tetapi dana pencen Norway mempunyai aset lebih US$1 trilion. Tujuan utama dana ini ialah untuk membantu kerajaan Norway memastikan semua rakyat mereka mendapat manfaat daripada dana pencen tersebut,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam (27 Februari).

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) – Kerajaan dicadang menubuhkan dana kekayaan negara sebagai langkah untuk menambah baik ketelusan dan akauntabiliti sumber pendapatan negara terutamanya dalam sektor minyak dan gas, kata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata langkah itu lebih baik daripada cadangan untuk menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mengambil contoh inisiatif dilaksanakan Norway yang mewujudkan Dana Pencen Kerajaan, katanya penubuhan dana sedemikian antara kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

“Modul ini sangat relevan untuk Petronas kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan syarikat tersebut (syarikat minyak nasional). Seperti Petronas, dana itu merupakan entiti kerajaan yang mempunyai mandat jangka panjang dalam menguruskan kekayaan daripada sektor minyak dan gas.

“Malaysia mempunyai hutang RM1.5 trilion tetapi dana pencen Norway mempunyai aset lebih US$1 trilion. Tujuan utama dana ini ialah untuk membantu kerajaan Norway memastikan semua rakyat mereka mendapat manfaat daripada dana pencen tersebut,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam (27 Februari).

Dana Pencen Kerajaan Norway terdiri daripada dua dana kekayaan kerajaan yang berasingan sepenuhnya, dimiliki oleh kerajaan Norway.

Antaranya, Dana Pencen Kerajaan Global, juga dikenali sebagai Dana Minyak, telah ditubuhkan pada 1990 untuk melabur hasil lebihan sektor petroleum Norway. Ia mempunyai lebih US$1.19 trilion aset dan memegang 1.4 peratus daripada semua syarikat tersenarai di dunia, menjadikannya antara dana kekayaan negara terbesar di dunia,

Lim berkata cadangan supaya kerajaan menyenaraikan IPO Petronas ke Bursa Malaysia bagi membantu mengurangkan hutang negara adalah tidak wajar.

Katanya Petronas adalah khazanah negara yang harus dimiliki oleh rakyat secara langsung dan menggunakan syarikat itu untuk melangsaikan hutang kerajaan sebenarnya mengalihkan kebertanggungjawaban mereka yang membuat pinjaman.

“Oleh itu, kerajaan Persekutuan harus membereskan hutang dengan sendiri dan bukannya bergantung kepada Petronas untuk berbuat demikian.

“Sama ada IPO atau pengapungan 20 peratus saham Petronas akan mengumpul dana sebanyak RM300 bilion atau membolehkan syarikat itu menambah pendapatan harus dipertikaikan memandangkan IPO serupa untuk syarikat minyak di Arab Saudi, Aramco nampaknya kurang berjaya,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending