Connect with us

Antarabangsa

“Kami setakat ini gagal bantu rakyat di barat laut Syria,” – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kegagalan untuk memperoleh bantuan yang sangat diperlukan untuk wilayah Syria yang sedang dalam peperangan.

Wartawan TMT

Published

on

"Kami setakat ini gagal bantu rakyat di barat laut Syria,” - PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kami setakat ini gagal bantu rakyat di barat laut Syria. Mereka betul-betul berasa seperti ditinggalkan kerana cari bantuan antarabangsa belum tiba.” – Ketua bantuan agensi PBB, Martin Griffiths
  • “Tugas saya dan kewajipan kami untuk perbetulkan kegagalan ini secepat yang kami boleh,” katanya.
  • Di Syria 5.3 juta orang dianggarkan kehilangan tempat tinggal.
  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 26 juta orang terkesan akibat gempa bumi sambil merayu dana sebanyak AS$42.8 juta (RM185.3 juta) bagi menampung keperluan kesihatan segera selepas puluhan hospital rosak.

 

KAHRAMANMARAS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kegagalan untuk memperoleh bantuan yang sangat diperlukan untuk wilayah Syria yang sedang dalam peperangan.

Susulan itu, pertubuhan antarabangsa itu memberi amaran angka kematian yang direkodkan kini hampir 30,000 orang akibat gempa bumi kuat boleh meningkat berkali ganda.

Meskipun konvoi PBB dengan bekalan sudah tiba di barat laut Syria melalui Turkiye, namun ketua bantuan agensi itu, Martin Griffiths, berkata lebih banyak bantuan diperlukan untuk berjuta-juta rumah yang musnah.

“Kami setakat ini gagal membantu rakyat di barat laut Syria. Mereka betul-betul berasa seperti ditinggalkan kerana mencari bantuan antarabangsa yang belum tiba.

“Tugas saya dan kewajipan kami untuk memperbetulkan kegagalan ini secepat yang kami boleh,” katanya di Twitter.

Bantuan tiba lewat di Syria di mana konflik bertahun lamanya merosakkan sistem penjagaan kesihatan negara itu.

Selain itu, beberapa kawasan negara yang kekal di bawah penguasaan pemberontak sedang berperang dengan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, yang disekat Barat.

Menurut wartawan AFP di lapangan, konvoi PBB membabitkan 10 trak melintasi barat laut Syria menerusi sempadan Bab al-Hawa.

Mereka membawa kit perlindungan termasuk cadar plastik, tali, skru, paku, selimut, tilam dan karpet.

Puluhan ribu anggota penyelamat terus menjelajah kawasan kejiranan yang ‘rata’ akibat gempa kuat dalam cuaca sejuk.

Berjuta-juta penduduk yang hidup sengsara terdesak memerlukan bantuan.

Namun, kebimbangan mengenai tahap keselamatan mendorong penggantungan beberapa operasi, bahkan puluhan orang ditangkap kerana merompak dan cuba menipu mangsa gempa bumi di Turkiye, lapor media tempatan.

PBB memberi amaran sekurang-kurangnya 870,000 orang memerlukan segera bantuan makanan panas di seluruh Turkiye dan Syria.

Di Syria saja, sehingga 5.3 juta orang dianggarkan kehilangan tempat tinggal.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 26 juta orang terkesan akibat gempa bumi itu sambil merayu dana sebanyak AS$42.8 juta (RM185.3 juta) bagi menampung keperluan kesihatan segera selepas puluhan hospital rosak.

Sementara itu, Agensi Bencana Turkiye memaklumkan, lebih 32,000 orang meliputi pertubuhan negara itu terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, bersama 8,294 penyelamat antarabangsa. – AFP

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending