Connect with us

Terkini

Jangan terdesak rombak KBAT dalam pendidikan 

Pengarah Pendidikan Yayasan Pendidikan Khalifah, Hasrizal Abdul Jamil berkata berkemungkinan di situlah antara ‘culprit’ dalam usaha kita membangunkan kurikulum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Jangan terdesak rombak KBAT dalam pendidikan
Foto: Pengarah Pendidikan Yayasan Pendidikan Khalifah, Hasrizal Abdul Jamil.
  • “Jangan terdesak merombak dan memasukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) hanya kerana hasil Programme for International Student Assessment (PISA) yang dilaporkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) tidak memuaskan hati. Ia bukan terjadi semalaman dan solusinya juga tidak hadir seperti makanan segera.”
  • Pengarah Pendidikan Yayasan Pendidikan Khalifah, Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan KBAT seharusnya dilaksanakan secara semula jadi dan subur di dalam kurikulum, pengajaran dan pembelajaran.
  • Ketika ini kita bukan memikirkan ketidakupayaan majoriti murid sebagai amaran untuk lebih berhati-hati, sebaliknya menjadikan kemampuan minoriti sebagai alasan kesusahan yang timbul bukan kesalahan reka bentuk, tetapi kesan kelemahan guru dan murid, katanya.

KUALA LUMPUR –  “Jangan terdesak merombak dan memasukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) hanya kerana hasil Programme for International Student Assessment (PISA) yang dilaporkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) tidak memuaskan hati. Ia bukan terjadi semalaman dan solusinya juga tidak hadir seperti makanan segera.”

Demikian kata Pengarah Pendidikan Yayasan Pendidikan Khalifah, Hasrizal Abdul Jamil yang menjelaskan KBAT seharusnya dilaksanakan secara semula jadi dan subur di dalam kurikulum, pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata kita bukan memikirkan ketidakupayaan majoriti murid sebagai amaran untuk lebih berhati-hati, sebaliknya menjadikan kemampuan minoriti sebagai alasan kesusahan yang timbul bukan kesalahan reka bentuk, tetapi kesan kelemahan guru dan murid.

“Lebih merumitkan kalau KBAT difahami sebagai taksonomi (kajian tentang prinsip) tinggi dalam Bloom’s dan lebih penting daripada taksonomi rendah (fakta, tahu, ingat), sedangkan ke semua bahagian itu memerlukan untuk menjadinya sebuah pembelajaran.

“Tambah merisaukan, kalau ada pula yang menganggap KBAT dihasilkan dengan memberi bahan sekolah rendah ke tadika, bahan sekolah menengah kepada murid sekolah rendah, bahan universiti dibawa ke sekolah menengah.

“Pelbagai masalah pembelajaran yang wujud disapu pula ke bawah tikar dengan alasan “ada murid yang boleh buat” lalu menatijahkan kepercayaan “siapa usaha lebih pasti boleh,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hasrizal berkata rentetan senario itu guru-guru telah dipersalahkan kerana didakwa tidak cukup mahir dan kreatif untuk menafsir bahan tidak mesra umur tersebut.

Katanya, berkemungkinan di situlah antara ‘culprit’ dalam usaha kita membangunkan kurikulum.

Beliau meminta objektif pembelajaran diperkukuhkan dan isi kandungan silibus dikurangkan perinciannya selain guru dilatih serta diberikan kepercayaan untuk menggunakan kreativiti mereka sendiri. 

Sebelum ini, media melaporkan pakar pendidikan berpendapat silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan kanak-kanak dan tidak terlalu sukar sehingga membebankan.

Isu silibus tinggi mahupun KBAT sudah acapkali disuarakan guru dan ibu bapa yang mengharapkan permasalahan itu diselesaikan segera kerana dikhuatiri membunuh minat pelajar untuk belajar. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Hasrizal Abdul Jamil

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *