Connect with us

Terkini

Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.
  • Jabatan itu mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar
  • Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan akan teliti semula ejaan Jawi kini berbanding edisi Za’ba agar ia bersesuaian dengan maksud asal, Mohd Nai’im berkata Jakim akan menyemak semula perkara itu.
  • “… dan kita harapkan dari semakan itu, kita akan perbaiki dan melihat kepada Jawi yang boleh diterima supaya makna sebenar tidak akan lari,” katanya.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi.

Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan akan meneliti semula ejaan Jawi kini berbanding edisi Za’ba agar ia bersesuaian dengan maksud asal, Mohd Nai’im berkata Jakim akan menyemak semula perkara itu.

“… dan kita mengharapkan daripada semakan itu, kita akan memperbaiki dan melihat kepada Jawi yang boleh diterima supaya makna sebenar tidak akan lari,” katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 30 institusi tahfiz melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini.

Katanya, program itu boleh diperluas kepada Sekolah Agama Rakyat lain dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, kolej komuniti GiatMARA dan beberapa agensi berkaitan.

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending