Connect with us

Terkini

Industri keberatan penetapan harga minyak masak dua peringkat – Salahuddin

Pemain industri minyak masak dilihat keberatan untuk bersetuju dengan cadangan penetapan harga menerusi sistem dua peringkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Industri keberatan penetapan harga minyak masak dua peringkat – Salahuddin
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Respons dari pihak industri itu berasaskan alasan untuk jaga kepentingan pekebun kecil. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub 
  • “Dari semasa ke semasa kita cuba selesaikan perkara ini menerusi libat urus bersama pihak industri dengan (cadangan) penentuan harga dua peringkat, tapi nampaknya pihak industri agak keberatan kerana mereka menjaga (kepentingan) pekebun kecil.” 
  • “Terdapat cadangan berhubung kebolehlaksanaan penetapan harga melalui sistem dua peringkat bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport, memandangkan produk tersebut ketika ini ditentukan dengan sistem satu harga,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pemain industri minyak masak dilihat keberatan untuk bersetuju dengan cadangan penetapan harga menerusi sistem dua peringkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, respons daripada pihak industri itu berasaskan alasan untuk menjaga kepentingan pekebun kecil.

“Dari semasa ke semasa kita cuba menyelesaikan perkara ini menerusi libat urus bersama pihak industri dengan (cadangan) penentuan harga dua peringkat, tetapi nampaknya pihak industri agak keberatan kerana mereka menjaga (kepentingan) pekebun kecil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai kesediaan kerajaan untuk menambah kuota bekalan minyak masak pek bersubsidi di pasaran runcit tempatan agar bekalannya mencukupi.

Sebelum ini, terdapat cadangan berhubung kebolehlaksanaan penetapan harga melalui sistem dua peringkat bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport, memandangkan produk tersebut ketika ini ditentukan dengan sistem satu harga.

Menjawab soalan tambahan Cha berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap isu ketirisan serta sama ada negara berdepan krisis bekalan komoditi itu, Salahuddin berkata setakat ini, situasi bekalan minyak masak pek bersubsidi belum sampai ke tahap krisis.

“Jika ada kes (kekurangan bekalan) berlaku di satu-satu tempat pada satu-satu masa, KPDN akan segera bertindak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam aspek ketirisan dengan sebanyak 2,896 pemeriksaan dilaksanakan sepanjang dua bulan lepas tahun ini dan 13 kes telah didakwa di mahkamah. – Bernama

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *