Connect with us

Antarabangsa

Indonesia gubal undang-undang bolehkan organisasi media dapat bayaran daripada platform digital

Indonesia merangka undang-undang membolehkan organisasi media mendapat bayaran daripada platform digital atau ‘aggregator’ yang menyiarkan kandungan mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Indonesia gubal undang-undang bolehkan organisasi media dapat bayaran daripada platform digital
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli Majlis Media Indonesia, Arif Zulkifli, berkata undang-undang baharu itu dijangka memberi keseimbangan antara media dan firma teknologi dalam penyediaan kandungan dan menjana keuntungan.
  • Selama ini platform digital di Indonesia termasuk Facebook, Alphabet Inc’s dan Google raih keuntungan besar menerusi kandungan dihasilkan oleh syarikat media manakala syarikat media hanya peroleh sejumlah kecil keuntungan terbabit.
  • “Tiada keseimbangan dalam perkara ini. Di bawah undang-undang baharu, Majlis Media akan menentukan struktur harga dan skim pembayaran selain berfungsi sebagai mediator dalam sebarang pertikaian,” katanya.
  • Ia dijangka diletakkan sebagai peraturan presiden dalam tempoh sebulan ini.

 

JAKARTA: Indonesia merangka undang-undang membolehkan organisasi media mendapat bayaran daripada platform digital atau ‘aggregator’ yang menyiarkan kandungan mereka.

Ahli Majlis Media Indonesia, Arif Zulkifli, berkata undang-undang baharu itu dijangka memberi keseimbangan antara media dan firma teknologi dalam penyediaan kandungan dan menjana keuntungan.

Katanya, selama ini platform digital di Indonesia termasuk Facebook, Alphabet Inc’s dan Google meraih keuntungan besar menerusi kandungan yang dihasilkan oleh syarikat media.

Manakala syarikat media hanya memperoleh sejumlah kecil keuntungan terbabit.

“Tiada keseimbangan dalam perkara ini. Di bawah undang-undang baharu, Majlis Media akan menentukan struktur harga dan skim pembayaran selain berfungsi sebagai mediator dalam sebarang pertikaian,” katanya.

Undang-undang terbabit yang dicadangkan sejak dua tahun lalu, diinspirasi daripada peraturan sama yang digunapakai di Jerman dan Australia.

Ia dijangka diletakkan sebagai peraturan presiden dalam tempoh sebulan ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika bercakap pada acara menghargai media Indonesia, memaklumkan keperluan segera undang-undang baharu terbabit selepas mendapati kira-kira 60 peratus pasaran pengiklanan di Asia Tenggara, dikuasai platform digital asing.

“Sekitar 60 peratus perbelanjaan pengiklanan diambil alih oleh media digital terutama platform asing. Ini amat menyedihkan,” katanya.

Di Australia, Kod Perundingan Media berkuat kuasa pada Mac 2021.

Menerusi penguatkuasaan peraturan itu, firma teknologi memeterai lebih 30 perjanjian dengan organisasi media dengan melakukan pembayaran kepada setiap kandungan yang menjana keuntungan.

Perjanjian itu juga membolehkan organisasi media menggaji lebih ramai wartawan serta membuat pelaburan yang bernilai dalam operasi mereka. – REUTERS

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending