Connect with us

Terkini

Guru boleh diarah bertugas ketika cuti penggal persekolahan

Guru boleh diarahkan untuk hadir bertugas ketika cuti penggal persekolahan, namun tidak boleh melebihi separuh daripada bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Guru boleh diarah bertugas ketika cuti penggal persekolahan
Foto: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata ia berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2017 memaklumkan arahan hadir bertugas itu membabitkan tugasan mengawas peperiksaan, berkursus dan mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan.
  • “Walaupun ini tugasan luar bukan bersifat rutin yang perlu dilakukan setiap hari, tetapi ini juga sebahagian daripada tugas guru,” katanya.
  • Setakat ini tiada elaun khusus diberikan kepada guru yang melaksanakan tugasan luar bilik darjah termasuk hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hujung minggu.

KUALA LUMPUR: Guru boleh diarahkan untuk hadir bertugas ketika cuti penggal persekolahan, namun tidak boleh melebihi separuh daripada bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata ia berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2017 yang turut memaklumkan arahan hadir bertugas itu membabitkan tugasan mengawas peperiksaan, berkursus dan mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan.

“Walaupun ini tugasan luar bukan bersifat rutin yang perlu dilakukan setiap hari, tetapi ini juga sebahagian daripada tugas guru,” katanya menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanyakan sekiranya guru boleh dipanggil bertugas ketika cuti sekolah, pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Hui Ying berkata, setakat ini tiada elaun khusus diberikan kepada guru yang melaksanakan tugasan luar bilik darjah termasuk hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hujung minggu.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya guru diarahkan bertugas di luar sekolah, mereka layak diberikan tuntutan perjalanan.

“Ini adalah setakat sekarang, tetapi kita akan ambil maklum isu dibangkitkan dan kita akan teliti,” katanya menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan memperkenalkan insentif atau elaun khusus kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas. 

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending