Antarabangsa
Dunia menuju peperangan lebih besar susulan konflik Russia & Ukraine – PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia ketika ini sedang menuju ke arah peperangan lebih besar.

- Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia ketika ini sedang menuju ke arah peperangan lebih besar.
- Ia susulan risiko ketegangan konflik antara Russia dan Ukraine semakin meningkat.
- Guterres menegaskan peperangan itu menimbulkan penderitaan yang tidak terperi terhadap rakyat Ukraine dengan implikasi global yang mendalam.
- Guterres turut merujuk beberapa ancaman lain terhadap keamanan seperti konflik Israel-Palestin, Afghanistan, Myanmar dan Haiti.
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia ketika ini sedang menuju ke arah peperangan lebih besar.
Ia susulan risiko ketegangan konflik antara Russia dan Ukraine semakin meningkat.
Ketika berucap membentangkan keutamaan 2023 pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Guterres mengecam pencerobohan Russia di Ukraine.
Guterres menegaskan peperangan itu menimbulkan penderitaan yang tidak terperi terhadap rakyat Ukraine dengan implikasi global yang mendalam.
“Prospek keamanan terus berkurangan manakala peluang ketegangan dan pertumpahan darah semakin meningkat.
“Saya bimbang dunia menuju ke arah peperangan lebih besar dan dikhuatiri ia berlaku ketika sedar sepenuhnya mengenai risikonya,” katanya sepertimana dilaporkan Al Jazeera.
Konflik hampir setahun itu semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan Russia untuk menguasai bandar di timur Ukraine.
Sementara itu, Guterres turut merujuk beberapa ancaman lain terhadap keamanan seperti konflik Israel-Palestin, Afghanistan, Myanmar dan Haiti.
“Jika setiap negara memenuhi kewajipannya di bawah Piagam PBB, hak keamanan akan terjamin.
Guterres juga memberi amaran mengenai ancaman dicetuskan oleh perubahan iklim.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN