Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023: Kerajaan diminta permudahkan permohonan pinjaman perniagaan

Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang menyarankan kerajaan untuk mencontohi program dilaksana oleh Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dalam proses permohonan pinjaman perniagaan untuk para usahawan kecil dan sederhana.

Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023: Kerajaan diminta permudahkan permohonan pinjaman perniagaan
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang menyarankan kerajaan untuk mencontohi program dilaksana oleh Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dalam proses permohonan pinjaman perniagaan untuk para usahawan kecil dan sederhana.
  • Pengerusinya Kamarul Nizam Razak berkata prosedur dan dokumen yang diperlukan oleh Hijrah Selangor tidak banyak dan perkara itu memudahkan membuat permohonan pinjaman perniagaan mereka.
  • Katanya, proses melalui bank agak rumit dengan menyemak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).
  • “Tapi di Selangor, Hijrah Selangor tidak banyak prosedur untuk periksa pelbagai dokumen, cuma setakat nak penyata akaun bank untuk sebulan berbanding pihak bank yang inginkan penyata akaun bank untuk tiga bulan.” 

SHAH ALAM: Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang menyarankan kerajaan untuk mencontohi program dilaksana oleh Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dalam proses permohonan pinjaman perniagaan untuk para usahawan kecil dan sederhana.

Pengerusinya Kamarul Nizam Razak berkata prosedur dan dokumen yang diperlukan oleh Hijrah Selangor tidak banyak dan perkara tersebut memudahkan golongan itu membuat permohonan pinjaman perniagaan mereka.

Beliau berkata pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lepas mengenai penawaran perkhidmatan pinjaman daripada pihak bank kepada usahawan mikro dan peniaga kecil.

Bagaimanapun proses permohonan yang rumit di bank dan institusi pinjaman lain kelazimannya menyebabkan golongan tersebut membatalkan hasrat memohon pinjaman yang disediakan untuk mereka.

“Contohnya bank-bank tempatan akan menyemak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) yang menyulitkan mereka (peniaga) membuat pinjaman ini.

“Tapi di Selangor, Hijrah Selangor tidak banyak prosedur untuk periksa pelbagai dokumen, cuma setakat nak penyata akaun bank untuk sebulan berbanding pihak bank yang inginkan penyata akaun bank untuk tiga bulan,” katanya kepada Bernama semalam.

Selain itu Kamarul berkata terdapat peniaga kecil yang tidak boleh memohon pinjaman kerana tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berniaga di pasar malam, pasar tani atau pasar sementara.

“Harap permudahkan (prosedur membuat pinjaman), tidak perlu melalui proses semakan dengan CTOS dan CCRIS kerana pandemik COVID-19 yang berlaku selama dua tahun ini, keadaan kita sangat sukar (menghadapi pelbagai cabaran),” katanya.

Pada Jumaat lalu, Anwar mengumumkan kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada usahawan mikro dan penjaja kecil dengan dana tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

Kemudahan itu termasuk peruntukan RM300 juta yang dikhaskan bagi menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia, katanya.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending