Connect with us

Terkini

Bantah mansuh DLP, kumpulan ibubapa dan pendidik gesa KPM perkukuh Bahasa Inggeris

Dua persatuan ibu bapa dan guru membantah gesaan pemansuhan Program Dwibahasa (DLP) yang membolehkan murid di sekolah terpilih mempelajari beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Wartawan TMT

Published

on

Bantah mansuh DLP, kumpulan ibubapa dan pendidik gesa KPM perkukuh Bahasa Inggeris
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua persatuan ibu bapa dan guru membantah gesaan pemansuhan Program Dwibahasa (DLP) yang membolehkan murid di sekolah terpilih mempelajari beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
  • “Mahir hanya dalam bahasa kebangsaan mengehadkan pengetahuan dan pendedahan, terutama sekiranya negara mahu menarik syarikat teknologi beroperasi di Malaysia,” – Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim
  • “Menamatkan DLP hanya menidakkan pelan pembangunan pendidikan Malaysia bagi 2013-2025 menyatakan penguasaa Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan.
  • “KPM sebaliknya patut memperkukuh DLP dengan menyediakan lebih banyak latihan kepada guru yang masih tidak mahir mengajar dalam Bahasa Inggeris. – Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE)
  • “Bukankah lebih baik mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris sejak awal, berbanding bertukar bahasa secara mengejut apabila mereka masuk ke peringkat pengajian tinggi? – Pengerusinya, Mak Chee Kin

KUALA LUMPUR: Dua persatuan ibu bapa dan guru membantah gesaan pemansuhan Program Dwibahasa (DLP) yang membolehkan murid di sekolah terpilih mempelajari beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata pihak yang menggesa program DLP dimansuhkan lazimnya terdiri golongan ‘ultranasionalis’ yang percaya pelajar mampu maju dengan bergantung kepada bahasa kebangsaan semata-mata.

“Mahir hanya dalam bahasa kebangsaan mengehadkan pengetahuan dan pendedahan, terutama sekiranya negara mahu menarik syarikat teknologi beroperasi di Malaysia,” katanya memetik laporan FMT, hari ini.

DLP dimulakan pada 2016 susulan bantahan terhadap program terdahulu iaitu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada 2002.

Noor Azimah berkata, menamatkan DLP memberikan kesan besar kepada kemajuan murid dan menidakkan pelan pembangunan pendidikan Malaysia bagi 2013-2025 yang menyatakan penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan.

Difahamkan, gesaan untuk menamatkan DLP datang daripada Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menyatakan program itu tidak sejajar dengan dasar pendidikan kebangsaan.

NGO lain dan aktivis bahasa sebelum ini turut membuat gesaan sama agar DLP dimansuhkan atas alasan program itu serupa dengan yang terdahulu.

Sementara itu, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE) berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sebaliknya patut memperkukuh DLP dengan menyediakan lebih banyak latihan kepada guru yang masih tidak mahir mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Pengerusinya, Mak Chee Kin, berkata pilihan lain adalah menggunakan khidmat guru sains bersara secara kontrak untuk mengajar.

“Bukankah lebih baik mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris sejak awal, berbanding bertukar bahasa secara mengejut apabila mereka masuk ke peringkat pengajian tinggi?

Katanya, pengkritik DLP sepatutnya melihat kemajuan dicapai di Sarawak, yang melaksanakan PPSMI di peringkat sekolah rendah.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, NGO perlu melihat DLP dari sudut positif.

“Bagaimanapun, tiada sekolah patut dipaksa melaksanakan DLP kerana kuota sudah ditetapkan pegawai pendidikan daerah dan negeri.

“Ia sepatutnya ditawarkan kepada kumpulan murid yang bersedia menjadi pemimpin masa depan dan profesional di negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending