Antarabangsa
ASEAN kecam tindakan ekstremis bakar Quran
Menteri-menteri Luar ASEAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau di negara tertentu yang membakar dan mencemarkan kitab suci al-Quran bulan lepas.
- Menteri-menteri Luar ASEAN mengecam tindakan ekstremis di negara-negara tertentu membakar dan mencemar al-Quran.
- “Tindakan ini telah menyakiti dan mencemarkan toleransi beragama,” menurut Pengerusi mesyuarat majlis penyelaras ASEAN dan pemukiman menteri-menteri luar.
- Kebebasan bersuara perlu dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab.
- komitmen ASEAN untuk terus menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai.
- Tindakan Rasmus Paludan, ketua parti sayap kanan Denmark, Steam Kurs (Hard Line) dan Edwin Wagensveld, ketua kumpulan Islamofobia Pengida yang membakar al-Quran mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
JAKARTA, 5 Feb – Menteri-menteri Luar ASEAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau di negara tertentu yang membakar dan mencemarkan kitab suci al-Quran bulan lepas.
“Tindakan ini telah menyakiti dan mencemarkan toleransi beragama,” menurut kenyataan Pengerusi mesyuarat majlis penyalaras ASEAN dan pemukiman menteri-menteri luar pada Ahad.
Perhimpunan tahunan menteri-menteri luar ASEAN menegaskan bahawa kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab.
Mereka mengesahkan komitmen ASEAN untuk terus menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai.
Pada 21 Jan, Rasmus Paludan, ketua parti sayap kanan Denmark, Steam Kurs (Hard Line) bertindak membakar salinan al-Quran di hadapan sebuah masjid di Denmark, beberapa hari selepas dia membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden.
Dalam provokasi lain, Edwin Wagensveld, ketua kumpulan Islamofobia Pengida, turut membakar halaman al-Quran di The Hague pada 22 Jan hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, menteri-menteri luar juga menyuarakan kebimbangan mengenai ujian peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara dan pelancaran peluru balistik baru-baru ini.
Menteri-menteri luar menekankan kepentingan dialog secara aman yang berterusan demi merealisasikan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Semenanjung Korea.
“Kami menggesa semua pihak yang berkaitan untuk mengelakkan sebarang perbuatan dan tindak balas ketenteraan yang boleh meningkatkan ketegangan,” menurut menteri-menteri luar.
Situasi di Laut China Selatan juga dibincangkan termasuk berkaitan tebus guna tanah, perkembangan terkini dan insiden serius yang menghakis kepercayaan dan keyakinan.
Menteri-menteri luar turut menegaskan keperluan untuk meneruskan penyelesaian secara aman berhubung pertikaian itu di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-undang Laut.
Sumber: BERNAMA
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina