Connect with us

Antarabangsa

AS gesa Palestin, Israel tamatkan konflik dan keganasan

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengulangi gesaan supaya Israel dan Palestin yang berkonflik segera menamatkan keganasan dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Wartawan TMT

Published

on

AS gesa Palestin, Israel tamatkan konflik dan keganasan
Foto: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken
  • Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, gesa kedua-dua pihak bertenang susulan insiden seorang lelaki Palestin bersenjata menembak mati tujuh individu di penempatan Israel di Baitulmaqdis.
  • Sepanjang Januari, konflik dua pihak itu mengorbankan 35 orang dewasa dan kanak-kanak Palestin serta penyerang, militan dan orang awam serta enam orang awam Israel dan seorang warga Ukraine terbunuh.
  • Beliau juga menjelaskan pihaknya akan memberikan bantuan kepada Palestin berikutan rakyatnya kini sangat memerlukan bantuan dari pihak luar.

 

RAMALLAH, 10 Rejab 1444H, Rabu – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengulangi gesaan supaya Israel dan Palestin yang berkonflik segera menamatkan keganasan dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Pandangan diplomat tertinggi Washington itu disuarakan ketika beliau bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat sempena jelajah ke negara Timur Tengah dengan tujuan mengekang pertumpahan darah.

Beliau menggesa kedua-dua pihak bertenang susulan insiden seorang lelaki Palestin bersenjata menembak mati tujuh individu di penempatan Israel di Baitulmaqdis, Jumaat lalu, sehari selepas serbuan tentera Zionis yang menembak 10 rakyat Palestin.

Sepanjang Januari, konflik dua pihak itu telah mengorbankan 35 orang dewasa dan kanak-kanak Palestin – termasuk penyerang, militan dan orang awam serta enam orang awam Israel, manakala seorang warga Ukraine terbunuh, Jumaat lalu.

Blinken berkata, rakyat Palestin kini sedang menghadapi ‘harapan yang semakin mengecil’ dan perkara berkenaan perlu diubah segera.

Beliau juga menjelaskan pihaknya akan memberikan bantuan kepada Palestin berikutan rakyatnya kini sangat memerlukan bantuan dari pihak luar.

AS akan menyediakan pembiayaan tambahan sebanyak AS$50 juta melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menyediakan perkhidmatan telekomunikasi berkelajuan tinggi 4G kepada rakyat Palestin.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) melaksanakan perjanjian kerjasama dengan Israel selepas berlakunya pencerobohan terbesar dalam beberapa tahun.

Bagaimanapun, Abbas berkata, kerajaan Israel perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan kerana tindakan itu menjejaskan dan melanggar.

 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending