Connect with us

Terkini

Agong titah penguat kuasa perhebat bendung aktiviti jenayah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kerajaan, khususnya agensi penguatkuasaan supaya memperhebatkan usaha membendung aktiviti jenayah demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Agong titah penguat kuasa perhebat bendung aktiviti jenayah
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kerajaan, khususnya agensi penguatkuasaan supaya memperhebatkan usaha membendung aktiviti jenayah demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.
  • Baginda bertitah, pihak berwajib perlu membendung segala bentuk jenayah, termasuk penyeludupan dadah dan bahan terlarang, pendatang tanpa izin serta pencerobohan sempadan negara.
  • “Ini kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur terhadap soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara. – Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin
  • “Seri Paduka Baginda juga mengajak rakyat untuk bersama-sama baginda mendoakan semoga kedaulatan negara sentiasa dipelihara dan negara serta rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kerajaan, khususnya agensi penguatkuasaan supaya memperhebatkan usaha membendung aktiviti jenayah demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

Baginda bertitah, pihak berwajib perlu membendung segala bentuk jenayah, termasuk penyeludupan dadah dan bahan terlarang, pendatang tanpa izin serta pencerobohan sempadan negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin, berkata Seri Paduka turut menyeru rakyat untuk bersama-sama bertanggungjawab membantu kerajaan dan agensi penguatkuasaan dalam usaha itu.

“Seri Paduka meminta rakyat untuk sama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran untuk membendung kegiatan jenayah, sama ada di sempadan negara atau di kawasan masing-masing.

“Ini kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur terhadap soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara.

“Seri Paduka Baginda juga mengajak rakyat untuk bersama-sama baginda mendoakan semoga kedaulatan negara sentiasa dipelihara dan negara serta rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zahari berkata, Al-Sultan Abdullah selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan ucapan tahniah kepada ATM atas kejayaan menumpaskan sindiket penyeludupan daun ketum di Kuala Nerang, Kedah, baru-baru ini.

Seri Paduka bertitah, ketangkasan dan kecekapan anggota pasukan Operasi Tentera Darat ATM itu dalam melaksanakan amanah dan tugas sewajarnya dihargai dan diberi pujian.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan dan penghargaan terhadap usaha baik serta tindakan tegas kerajaan dan agensi penguatkuasaan berkaitan dalam membanteras jenayah rentas sempadan dan sindiket jenayah terancang di sempadan negara,” katanya.

Rabu lalu, Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menumpaskan cubaan menyeludup satu tan daun ketum bernilai RM38,000, menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran Thailand. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Author