Connect with us

Antarabangsa

Tujuh lelaki serang keluarga Islam di Jerman

Sebuah keluarga Islam diserang oleh tujuh lelaki di bandar Merseburg, Jerman Timur, Sabtu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Tujuh lelaki serang keluarga Islam di Jerman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut stesen televisyen awam, MDR, serangan itu berlaku ketika keluarga berkenaan berjalan sambil menolak kereta sorong. Suspek mula-mula menghina secara perkauman dan kemudian menyerang secara fizikal.
  • Bagaimanapun, polis memberitahu orang ramai di tempat kejadian membantu keluarga berkenaan dan mencederakan empat penyerang.
  • Sebanyak 662 kes jenayah Islamofobia dilaporkan berlaku di Jerman pada 2021. Terdapat lebih 46 serangan ke atas masjid dan sekurang-kurang 17 orang cedera kerana keganasan anti-Muslim.


LEIPZIG: Sebuah keluarga Islam diserang oleh tujuh lelaki di bandar Merseburg, Jerman Timur, Sabtu lalu.

Mengikut stesen televisyen awam, MDR, serangan itu berlaku ketika keluarga berkenaan berjalan sambil menolak kereta sorong. Suspek yang berumur antara 19 dan 33 tahun, mula-mula menghina secara perkauman dan kemudian menyerang secara fizikal.

Bagaimanapun, polis memberitahu orang ramai di tempat kejadian membantu keluarga berkenaan dan mencederakan empat penyerang.

Keluarga itu tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan berikutan serangan itu.

Polis kemudian menjalankan siasatan jenayah dan mengenali semua penyerang terbabit.

Sebanyak 662 kes jenayah Islamofobia dilaporkan berlaku di Jerman pada 2021. Terdapat lebih 46 serangan ke atas masjid dan sekurang-kurang 17 orang cedera kerana keganasan anti-Muslim.

Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. Daripada 84 juta penduduk negara itu, terdapat hampir 5.5 juta orang Islam dengan 3 juta orang berasal dari Turki.

 

Sumber: Harakah Daily

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending