Antarabangsa
Trump akan kembali di Facebook, Instagram selepas dua tahun disekat
Gergasi media sosial Meta mengumumkan ia akan menamatkan penggantungan dua tahun melibatkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump daripada platform Facebook dan Instagram.

- Gergasi media sosial Meta mengumumkan ia akan menamatkan penggantungan dua tahun melibatkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump daripada platform Facebook dan Instagram.
- Penggantungan Trump daripada mengakses media sosial itu disifatkan sebagai keputusan luar biasa yang diambil dalam keadaan luar biasa.
- Penggantungan itu bermula 7 Januari 2021, sehari selepas penyokong Trump menyerbu Capitol AS dalam cubaan untuk mengganggu pensijilan pilihan raya presiden pada tahun 2020, yang menyaksikan Republikan itu kalah kepada Demokrat Joe Biden.
Gergasi media sosial Meta mengumumkan ia akan menamatkan penggantungan dua tahun melibatkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump daripada platform Facebook dan Instagram.
Penggantungan Trump daripada mengakses media sosial itu disifatkan sebagai keputusan luar biasa yang diambil dalam keadaan luar biasa.
Meta dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu berkata ia akan membenarkan Trump kembali ke platformnya dalam beberapa minggu akan datang.
Penggantungan itu bermula 7 Januari 2021, sehari selepas penyokong Trump menyerbu Capitol AS dalam cubaan untuk mengganggu pensijilan pilihan raya presiden pada tahun 2020, yang menyaksikan Republikan itu kalah kepada Demokrat Joe Biden.
Dalam salah satu hantaran terakhirnya di Facebook sebelum disekat, Trump terus menyebarkan maklumat salah tentang keputusan pilihan raya, mengulangi kepalsuan bahawa undi dicemari penipuan.
Trump juga menggunakan platform itu untuk mengecam naib presiden ketika itu, Mike Pence, yang mengawasi pensijilan undi.
Meta berkata ia berhasrat untuk menilai sama ada risiko serius terhadap keselamatan awam yang wujud pada Januari 2021 telah mereda sepenuhnya ataupun tidak, bagi menentukan keputusan yang bakal diambil.
Bagaimanapun, Meta berkata ia akan meletakkan peraturan baharu untuk menghalang kesalahan sama berulang lagi.
Antaranya syarikat itu akan mengenakan penaliti yang lebih tinggi bagi pesalah yang melakukan kesalahan sama dengan penggantungan lanjut yang boleh berlangsung dari sebulan hingga dua tahun.
Sumber : Al Jazeera

You must be logged in to post a comment Login