Connect with us

Terkini

Tiada pertindihan fungsi, Suruhanjaya Kanak-Kanak badan bebas menasihatkan kerajaan – Azalina

Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal diwujudkan kelak berbeza peranannya dengan jabatan atau institusi Kanak-Kanak yang dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

tiada-pertindihan-fungsi-suruhanjaya-kanak-kanak-badan-bebas-menasihatkan-kerajaan-azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal diwujudkan kelak berbeza peranannya dengan jabatan atau institusi Kanak-Kanak dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said
  • “Suruhanjaya kelak bantu promosi kesedaran dan pendidikan terhadap hak kanak-kanak kepada kerajaan dan orang awam.”
  • “Suruhanjaya akan adakan inkuiri dan jalankan siasatan terhadap aduan mengenai pelanggaran hak kanak-kanak.”
  • “Pengumuman Pesuruhjaya Kanak-kanak tersebut dilakukan selepas dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sejajar dengan Seksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999,” katanya.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal diwujudkan kelak berbeza peranannya dengan jabatan atau institusi Kanak-Kanak yang dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tiada pertindihan tugas antara dua entiti berkenaan apabila ditubuhkan kelak.

Beliau berkata, Suruhanjaya Kanak-kanak adalah badan berkanun yang bebas untuk memantau dan menasihatkan kerajaan dalam isu dan hak berkaitan dengan kanak-kanak.

“Jabatan atau Institusi Kanak-kanak pula merupakan satu agensi kerajaan. Jadi, tiada pertindihan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau merakamkan terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan jemaah menteri kerana bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak.

Azalina berkata, suruhanjaya itu kelak membantu mempromosi kesedaran dan pendidikan terhadap hak kanak-kanak kepada kerajaan dan orang awam.

Menurutnya, ia juga akan menasihati kerajaan dalam menggubal perundangan, arahan pentadbiran dan prosedur serta mengesyorkan tindakan yang perlu diambil.

“Suruhanjaya itu juga akan menasihati kerajaan berhubung obligasi antarabangsa di bawah Convention on the Rights of the Child (CRC) dan lain-lain perjanjian antarabangsa yang berkaitan.

“Malah, suruhanjaya itu akan mengadakan inkuiri dan menjalankan penyiasatan terhadap aduan mengenai pelanggaran hak kanak-kanak,” katanya.

Katanya, suruhanjaya itu kelak akan diterajui Pesuruhjaya Kanak-kanak selain berperanan menerajui proses penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak melalui penggubalan akta yang khusus sepanjang tempoh pelantikannya.

Tambah Azalina berkata, pengumuman Pesuruhjaya Kanak-kanak tersebut akan dilakukan selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sejajar dengan Seksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending