Connect with us

Terkini

Tetapkan gaji minimum RM1,800 bagi belia berkemahiran – PKPB

Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.

Wartawan TMT

Published

on

Tetapkan gaji minimum RM1,800 bagi belia berkemahiran - PKPB
Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan
  • Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.
  • Kenaikan gaji minimum belia berkemahiran tidak akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.
  • Gaji minimum sesuai bagi golongan belia berkemahiran adalah RM1,800 untuk lepasan SKM Tahap 1-2; RM2,000 (SKM Tahap 3); RM2,300 (DKM Tahap 4); serta RM2,800 (DLKM Tahap 4).

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.

Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan menjelaskan, kenaikan gaji minimum belia berkemahiran tidak akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.

Mohammad Rizan berkata, gaji minimum yang sesuai untuk golongan belia berkemahiran adalah RM1,800 untuk lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1-2; RM2,000 (SKM Tahap 3); RM2,300 (Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4); dan RM2,800 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 4).

Ujarnya, ketika ini kebanyakan majikan menawarkan gaji untuk pemegang SKM 1-3 sebanyak RM1,500- RM1,700), DKM 4 (RM1,800-RM1,900) dan DLKM (RM2,000).

“Majikan tidak boleh mempersoalkan tahap kompetensi pekerja lepasan latihan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) ini kerana para pekerja ini menjalani latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS-National Occupational Skill Standard) yang mana ia dibangunkan bersama dengan pihak majikan atau industri.

“Bahkan, ada sesetengah bidang, pekerja ini telah memperolehi lesen dan sijil kompetensi tambahan dari badan profesional dalam dan luar negara sebelum diterima bekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Model ekonomi yang berdaya tahan juga katanya mesti dibina berdasarkan pekerjaan dan gaji yang adil.

“PKPB juga melontarkan pertanyaan kepada kerajaan dan majikan, mengapa kita mencipta kekayaan jika kita tidak bersedia untuk berkongsinya?,” ujarnya lagi.

Justeru, PKPB percaya pelaksanaan gaji minimum untuk belia berkemahiran akan dapat menarik minat lebih ramai golongan belia menyertai TVET kerana jaminan kerjaya berpendapatan tinggi adalah jelas.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending