Connect with us

Terkini

Sejuta kanak-kanak di negara ini berdepan masalah keciciran literasi

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti data yang dikemukakan pelbagai pihak berhubung isu keciciran pelajaran di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Sejuta kanak-kanak di negara ini berdepan masalah keciciran literasi
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti data yang dikemukakan pelbagai pihak berhubung isu keciciran pelajaran di negara ini.
  • KPM boleh melakukan intervensi secara bersama berdasarkan input yang diperoleh daripada NGO dan pihak berkepentingan yang lain. – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek 
  • “Kita hendak jemput semua yang ada input berkaitan keciciran untuk datang dan bentang kepada KPM supaya kita dapat data lengkap dan intervensi kita boleh lakukan bersama, supaya pihak KPM tidak ketinggalan melihat intervensi secara bersama.” – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek 
  • Berdasarkan kajian dibuat terdapat sejuta kanak-kanak di negara ini berdepan dengan masalah keciciran literasi iaitu kurang kuasai kemahiran 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira). – Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir 

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti data yang dikemukakan pelbagai pihak berhubung isu keciciran pelajaran di negara ini.

Sehubungan itu, Menterinya, Fadhlina Sidek mengalu-alukan kajian yang dilakukan pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai masalah keciciran pelajaran.

Dalam masa sama, beliau berharap pihak-pihak berkenaan segera tampil berkongsi data dengan pihak KPM.

Menurut beliau, KPM boleh melakukan intervensi secara bersama berdasarkan input yang diperoleh daripada NGO dan pihak berkepentingan yang lain.

“Kita hendak jemput semua yang ada input berkaitan keciciran untuk datang dan bentang kepada KPM supaya kita dapat data lengkap dan intervensi kita boleh lakukan bersama, supaya pihak KPM tidak ketinggalan melihat intervensi secara bersama.

“Isu ini penting dan tak boleh dipinggirkan oleh mana -mana pihak yang berkepentingan,” kata Fadhlina.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan NGO berhubung sejuta kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran literasi dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, Changkat, di sini, pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir sebelum ini menyarankan KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Katanya, berdasarkan kajian dibuat terdapat sejuta kanak-kanak di negara ini berdepan dengan masalah keciciran literasi iaitu kurang menguasai kemahiran 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira.)

Menurut Zul Fikri, penutupan sesi persekolahan selama 42 minggu akibat pandemik COVID-19 sebelum ini juga antara punca keciciran.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending