Connect with us

Terkini

Positif ASF, hampir 8000 babi dimusnahkan di Pulau Pinang

Sebanyak 23 ladang ternak babi di Pulau Pinang dikesan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika sehingga hari ini dan membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Positif ASF, hampir 8000 babi dimusnahkan di Pulau Pinang
Foto: Chow Kon Yeow.
  • Sehingga Jumaat, sebanyak 7,998 ekor babi telah dimusnahkan dari enam ladang ternakan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan ((SPS) yang didapati positif ASF. – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow
  • “Setakat ini, jumlah pecahan ladang dijangkiti ASF ialah 17 ladang di daerah SPS melibatkan 42,691 ekor babi, dua ladang di SPT( 2,742 ekor) dan di Seberang Perai Utara (SPU) melibatkan empat ladang dengan populasi babi 7,842 ekor.”
  • “Sehingga kini, terdapat 101 ladang babi belum dijangkiti penyakit ASF dengan populasi sekitar 214,073 ekor iaitu 35 ladang di SPS dengan jumlah 97,104 ekor, 60 ladang di  Seberang Perai Utara (100,600 ekor), dua ladang di SPT (5,539 ekor) dan empat ladang di Barat Daya (10,830 ekor),” katanya.

BATU KAWAN: Sebanyak 23 ladang ternak babi di Pulau Pinang dikesan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika sehingga hari ini dan membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata sehingga Jumaat, sebanyak 7,998 ekor babi telah dimusnahkan dari enam ladang ternakan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang didapati positif ASF.

“Setakat ini, jumlah pecahan ladang yang dijangkiti ASF ialah 17 ladang di daerah SPS melibatkan 42,691 ekor babi, dua ladang di SPT( 2,742 ekor) dan di Seberang Perai Utara (SPU) melibatkan empat ladang dengan populasi babi 7,842 ekor.

“Semua babi yang telah dimusnahkan ditanam di kawasan SPS namun ia jauh dari penempatan awam dan lokasi yang tiada pembangunan bagi mengelak berlakunya kacau ganggu kepada orang awam di kawasan yang terlibat, kami juga sekarang ini tengah cari tapak di SPU untuk menanam babi di situ,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Ahli Parlimen Batu Kawan, di sini hari ini.

Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan ASF di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Chow berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dilihat dapat menangani isu ASF itu terutama berkaitan pelupusan babi di tapak yang disediakan.

Katanya JPV Pulau Pinang juga mendapat bantuan dua pasukan JPV dari Putrajaya dalam menjalankan semua tugas-tugas berkaitan ASF termasuk persampelan dan memusnahkan babi yang dijangkiti ASF atau telah mati kerana penyakit itu.

“Bagi ladang-ladang yang telah sempurna (babi dimusnahkan), JPV Pulai Pinang sudah kemukakan kepada JPV Putrajaya untuk memohon pampasan, bagi minggu lepas situasi jangkitan ASF stabil walaupun terdapat ladang baharu dijangkiti iaitu dua ladang namun kami tidak menolak kemungkinan jangkitan ASF akan terus bertambah,” katanya.

Katanya berdasarkan bancian yang dijalankan ketika ini terdapat 124 ladang babi di empat daerah di Pulau Pinang dengan populasi keseluruhan ternakan tersebut sebanyak 267,348 ekor.

“Sehingga kini, masih terdapat 101 ladang babi yang belum dijangkiti penyakit ASF dengan populasi sekitar 214,073 ekor iaitu 35 ladang di SPS dengan jumlah 97,104 ekor, 60 ladang di SPU (100,600 ekor), dua ladang di SPT (5,539 ekor) dan empat ladang di Barat Daya (10,830 ekor),” katanya.

Katanya penternak dari ladang-ladang yang disahkan selamat masih dibenarkan menghantar ternakan mereka ke rumah sembelihan bagi memastikan bekalan daging babi tidak terjejas di pasaran.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending