Connect with us

Antarabangsa

Polis rejim Israel halang Duta Jordan masuk Masjid al-Aqsa

Tentera pengganas Israel menahan duta Jordan ke Israel di pintu masuk ke Masjid al-Aqsa pada Selasa, menyebabkan kecaman daripada Amman.

Wartawan TMT

Published

on

Polis rejim Israel halang Duta Jordan masuk Masjid al-Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera pengganas Israel menahan duta Jordan ke Israel di pintu masuk ke Masjid al-Aqsa menyebabkan kecaman daripada Amman.
  • Ghassan Majali ditahan di Bab al-Asbat yang menuju ke masjid dan diminta mengemukakan kebenaran bagi melawat tapak itu.
  • Menurut laporan media Palestin, duta itu kemudian beredar sebagai tanda protes.
  • Bagaimanapun, polis Israel mendakwa, pihak mereka tidak melarang duta Jordan itu daripada masuk kawasan berkenaan.

BAITULMAQDIS, 25 Jamadilakhir 1444H, Rabu – Tentera pengganas Israel menahan duta Jordan ke Israel di pintu masuk ke Masjid al-Aqsa pada Selasa, menyebabkan kecaman daripada Amman.

Ghassan Majali ditahan di Bab al-Asbat yang menuju ke masjid dan diminta untuk mengemukakan kebenaran bagi melawat tapak itu.

Menurut laporan media Palestin, duta itu kemudiannya beredar sebagai tanda protes.

Bagaimanapun, polis Israel mendakwa, pihak mereka tidak melarang Majali daripada masuk kawasan berkenaan.

Jelasnya, pegawai di tempat kejadian tidak mengenali Majali dan meminta penjelasan komandernya sehingga menyebabkan kelewatan.

Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, salah satu tapak suci Islam berada di bawah jagaan Jordan.

Amman baru-baru ini memberi amaran bahawa Israel di bawah kerajaan baharu yang dipengaruhi blok sayap kanan, cuba mengubah status quo di tapak itu.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Jordan berkata, pihaknya telah memanggil duta Israel di Amman untuk perbincangan berhubung insiden tersebut.

“Kami telah menyampaikan surat bantahan kepada duta untuk menyampaikan kepada kerajaannya.

“Kerajaan Jordan mengecam sebarang langkah yang bertujuan mencampuri urusan Masjid al-Aqsa,” katanya.

Sumber: Ismaweb

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending