Connect with us

Terkini

PM yakin rakyat berperanan dalam ekonomi

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia akan terus menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara, walaupun berada di perantauan.

Wartawan TMT

Published

on

PM yakin rakyat berperanan dalam ekonomi
Foto: Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia akan menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara, walaupun berada di perantauan.
  • Konsep Malaysia MADANI yang menjadi teras pentadbirannya bukti keterangkuman peranan semua lapisan masyarakat tanpa prasangka. – PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Dalam hal ini, perniagaan mesti maju, kita kena teroka bidang baharu dan mesti ada nilai serta ihsan. Saya rumuskan idea baharu dan cerakinkan supaya rakyat faham untuk memastikan pelaksanaannya kelak lebih lancar,” katanya.

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia akan terus menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara, walaupun berada di perantauan.

Perdana Menteri berkata, konsep Malaysia MADANI yang menjadi teras pentadbirannya menjadi bukti keterangkuman peranan semua lapisan masyarakat tanpa prasangka.

“Saya ingin memulakan tradisi baharu yang asasnya ialah perpaduan. Slogan sahaja tidak meyakinkan kerana apa yang lebih utama ialah memaknai konsep itu dengan penghayatan dan amalan.

“Kebenaran, keadilan, perpaduan, kemanusiaan, ihsan dan rahmah itu konsep yang memukau tetapi ujian sebenar ialah pelaksanaannya.

“Negara dan tamadun boleh terangkat dengan idealisme dan disiplin, namun ia juga boleh runtuh dengan kesenjangan dan rasuah,” katanya berucap pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, malam ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 400 rakyat Malaysia yang menetap di negara ini.

Menjawab soalan dalam sesi dialog selepas itu, Anwar berkata, cabaran utama dalam melaksanakan konsep Malaysia MADANI ialah aspek ekonomi.

“Dalam hal ini, perniagaan mesti maju, kita kena teroka bidang baharu dan mesti ada nilai serta ihsan. Saya rumuskan idea baharu dan cerakinkan supaya rakyat faham untuk memastikan pelaksanaannya kelak lebih lancar,” katanya.

Mengimbau perjuangan 40 tahunnya dalam politik sebelum berada di kedudukan sekarang, Perdana Menteri secara terbuka menyatakan tidak menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku.

Pelbagai pendedahan di pentas antarabangsa menerusi kedudukan dalam kerajaan satu waktu dulu, tegasnya, banyak dijadikan sandaran dalam memperkenal pembaharuan ketika ini.

“Apa makna saya pegang jawatan di peringkat antarabangsa kalau saya tak boleh angkat darjat rakyat?

“Kita nak bawa perubahan, ubah pemikiran masyarakat. Kita mahu melawan fahaman berkaitan perkauman. Islam tidak boleh dijadikan bibit pergaduhan, maka saya ingin bawa kembali nilainya.

“Jangan jadikan Islam untuk menghina orang, pecah-belahkan masyarakat. Kita mesti melawat trend konservatif baharu yang mulai menular, lawan rasuah. Anda fikir ia mudah? Tidak.

“Kita kena yakin untuk menghadapi masalah, tetapi alhamdulillah, saya dah jadi Perdana Menteri, rakan-rakan dalam pasukan beri sokongan kuat. Dulu orang ingat kerajaan ini rapuh, tapi kini semakin kuat dengan 148 kerusi. Jadi buatlah kerja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending