Connect with us

Terkini

Pindaan beberapa akta proses transformasi Parlimen

Parlimen dalam proses melakukan transformasi menerusi perlaksanaan beberapa pindaan terhadap akta antaranya melibatkan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan beberapa akta proses transformasi Parlimen
Foto: Tan Sri Dr. Rais Yatim
  • “Penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen juga dilihat mampu melancarkan perjalanan sidang dewan.” –  Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim 
  • “Kerjasama ini antara lain, boleh diusahakan melalui pembentukan jawatankuasa bersama seperti Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Antirasuah dalam bantu dan tangani isu-isu berkaitan rakyat.”
  • “Pembentukan kerjasama seumpama ini diharapkan dapat jadikan Parlimen sebagai sebuah institusi sandaran dan harapan untuk rakyat suarakan permasalahan yang dihadapi dan perlukan perhatian pemimpin negara.” 

SHAH ALAM – Parlimen dalam proses melakukan transformasi menerusi perlaksanaan beberapa pindaan terhadap akta antaranya melibatkan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menerusi pertemuan dengan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng yang melakukan kunjungan hormat di Parlimen pada Isnin.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, pada masa sama, Rais memaklumkan bahawa Parlimen turut berhasrat mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

“Penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen juga dilihat mampu melancarkan perjalanan sidang dewan.

“Berasaskan kepada semangat pembaharuan ini, penglibatan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, pada pertemuan pertama itu, Rais bertukar-tukar pandangan dan menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan fungsi dan peranan utama Parlimen sebagai sebuah institusi legislatif negara.

Katanya, beberapa cadangan yang memerlukan kerjasama ahli-ahli dari kedua-dua buah Dewan juga diutarakan.

“Kerjasama ini antara lain, boleh diusahakan melalui pembentukan jawatankuasa bersama seperti Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Antirasuah dalam membantu dan menangani isu-isu berkaitan rakyat.

“Pembentukan kerjasama seumpama ini diharapkan dapat menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi sandaran dan harapan untuk rakyat menyuarakan permasalahan yang dihadapi yang memerlukan perhatian pemimpin negara,” katanya.

Ramli dan Alice dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat semasa persidangan pertama Parlimen pada 19 Disember lalu melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending