Connect with us

Terkini

Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi elak kebocoran data pengguna

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan membuat pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) di Parlimen dalam usaha mengekang isu kebocoran data pengguna.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi elak kebocoran data pengguna
Foto: Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital
  • Perkara berkenaan sedang diteliti dengan sebaik mungkin sebelum membawa memorandum tersebut kepada jemaah menteri. – Kementerian Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil
  • “Saya harap perkara berkenaan dapat diselesaikan pada tahun ini. Ini merupakan antara usaha menjaga keselamatan dan mengelak kebocoran data pengguna.
  • “Jika undang-undang itu dapat diperkasakan dan aspek keselamatan dipertingkatkan, banyak masalah kebocoran data dapat diatasi.
  • “Data rakyat adalah khazanah negara dan jika ia tidak dijaga maka rosaklah ekonomi dan masa depan individu tersebut.
  • “Ia juga dapat bantu memberi keyakinan pada ekosistem dan suasana ekonomi digital Malaysia dan menambah pelaburan dan ekonomi negara.”

 

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan membuat pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) di Parlimen dalam usaha mengekang isu kebocoran data pengguna.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan sedang diteliti dengan sebaik mungkin sebelum membawa memorandum tersebut kepada jemaah menteri.

“Saya berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan pada tahun ini. Ini merupakan antara usaha menjaga keselamatan dan mengelak kebocoran data pengguna.

“Cyber Security Malaysia (CSM) akan turut sama memainkan peranan penting kerana memiliki kepakaran dalam bidang forensik digital bagi mengenal pasti masalah keselamatan siber yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas sesi perjumpaan bersama warga KKD Kelantan di Pejabat Jabatan Penyiaran Kelantan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, jika undang-undang itu dapat diperkasakan dan aspek keselamatan dipertingkatkan, banyak masalah kebocoran data dapat diatasi.

Ujarnya, pengguna data itu sendiri sama ada syarikat besar atau kecil harus memainkan peranan bagi memastikan keselamatan data rakyat terjamin.

“Data rakyat adalah khazanah negara dan jika ia tidak dijaga maka rosaklah ekonomi dan masa depan individu tersebut.

“Ia juga dapat membantu memberi keyakinan kepada ekosistem dan suasana ekonomi digital Malaysia dan menambah pelaburan dan ekonomi negara,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending