Connect with us

Antarabangsa

Peneroka haram Yahudi anjur tarian provokatif di pekarangan Masjid al-Aqsa

Ketegangan memuncak di Baitulmaqdis yang diduduki pada petang Selasa selepas sekumpulan peneroka haram Yahudi menganjurkan tarian provokatif dan melakukan ritual Talmud di Kota Lama dan berhampiran Masjid al-Aqsa, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Peneroka haram Yahudi anjur tarian provokatif di pekarangan Masjid al-Aqsa
Foto: Kejadian berlaku di persekitaran Masjid Al-Aqsa
  • Ketegangan berlaku di Baitulmaqdis pada petang Selasa selepas sekumpulan peneroka haram Yahudi menganjurkan tarian provokatif dan melakukan ritual Talmud di Kota Lama dan berhampiran Masjid al-Aqsa.
  • Mengeruhkan lagi keadaan, sebilangan besar pasukan polis Israel diarahkan di lorong-lorong Kota Lama untuk melindungi perarakan peneroka.
  • Selain itu, pihak berkuasa Israel juga menyerang penduduk Palestin berhampiran Bab Hatta membawa kepada tercetusnya pergaduhan.

 

BAITULMAQDIS, 12 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Ketegangan memuncak di Baitulmaqdis yang diduduki pada petang Selasa selepas sekumpulan peneroka haram Yahudi menganjurkan tarian provokatif dan melakukan ritual Talmud di Kota Lama dan berhampiran Masjid al-Aqsa, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Mengeruhkan lagi keadaan, sebilangan besar pasukan polis Israel dikerahkan di lorong-lorong Kota Lama bagi melindungi perarakan peneroka.

Selain itu, pihak berkuasa Israel juga menyerang penduduk Palestin berhampiran Bab Hatta yang membawa kepada tercetusnya pergaduhan.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki telah ditahan ketika konfrontasi.

Tentera Israel juga menyerbu kejiranan Wadi Al-Rababa di Silwan dan menahan dua beradik, manakala satu pertiga penduduk di sana ditangkap di bandar Al-Ram.

Pada masa sama, aktivis Baitulmaqdis, Raeda Saeed tidak dibenarkan masuk ke Kota Lama selama 15 hari dan Masjid al-Aqsa selama enam bulan. – Agensi

Advertisement

 

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending