Antarabangsa
Media Inggeris dakwa berlaku parti seks libatkan paderi waktu lockdown Covid-19
Media Inggeris melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana.
- Media barat melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana, demikian lapor Narasi Newsroom dalam klip video di Instagram.
- Parti seks itu didakwa berlaku di bawah pimpinan paderi Robert Byrne yang meletakkan jawatan sebagai paderi Hexham dan Newscastle pada Disember 2022.
- Menurut Narasi Newsroom, pada masa ini, siasatan terhadap pesta seks sedang dijalankan oleh Vatican.
Media Inggeris melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana, demikian lapor Narasi Newsroom dalam klip video di Instagram.
Dakwaan itu timbul selepas seorang paderi, Michael McCoy dilaporkan menjemput jemaah ke parti persendirian di kompleks Katedral St. Paul. Mary di Newcastle semasa ‘lockdown’ kerana Covid-19.
Parti seks itu didakwa berlaku di bawah pimpinan paderi Robert Byrne yang meletakkan jawatan sebagai paderi Hexham dan Newscastle pada Disember 2022.
Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan Byrne tahu atau mengambil bahagian dalam dakwaan pesta seks itu.
Menurut Narasi Newsroom, pada masa ini, siasatan terhadap pesta seks sedang dijalankan oleh Vatican.
Sementara itu, Michael McCoy yang juga Pastor St. Mary di Newcastle sejak 2019, meninggal dunia akibat bunuh diri sebaik selepas polis membuka siasatan terhadap kes penderaan kanak-kanak yang terkait dirinya pada 2021.
Bagaimanapun, dia tidak didakwa atas sebarang kesalahan semasa kematiannya.
Sumber : Instagram Narasi Newsroom
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina