Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Islam dipenjara seumur hidup kerana seludup lembu

Rumah diperbuat daripada najis lembu dapat melindungi sinaran atom seperti letupan nuklear, dakwa mahkamah India.

Wartawan TMT

Published

on

Rumah diperbuat daripada najis lembu dapat melindungi sinaran atom seperti letupan nuklear, dakwa mahkamah India.
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Sebuah mahkamah di barat Gujerat menjatuhkan hukuman penjara seumur terhadap seorang lelaki Islam yang didakwa menyeludup sekumpulan lembu dengan bertujuan untuk menyembelihnya, telah menyalahi undang-undang negeri.
  • Kumpulan nasionalis Hindu di India paling lantang mengenai perlindungan lembu serta berkempen menentang penyembelihan yang disokong kerajaan dan kadang kala cetuskan pergaduhan hingga membawa maut.

AHMEDABAD – Rumah diperbuat daripada najis lembu dapat melindungi sinaran atom seperti letupan nuklear, dakwa mahkamah India.

Di India, lembu diibaratkan makhluk suci dan pihak berkuasa bertindak keras dengan menghalang penyembelihan lembu dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang disokong kumpulan nasionalis Hindu.

Sebuah mahkamah di barat Gujerat menjatuhkan hukuman penjara seumur terhadap seorang lelaki Islam yang didakwa menyeludup sekumpulan lembu dengan bertujuan untuk menyembelihnya, telah menyalahi undang-undang negeri.

Prosiding yang ketuai Hakim Samir Vinodchandra Vyas berkata, lelaki berusia 22 tahun ‘sangat mengecewakan’ dan dihukum seumur hidup selepas membuat kesimpulan bahawa penyembelihan lembu adalah punca masalah global.

“Setiap masalah di dunia akan diselesaikan pada hari tidak ada setitik pun darah lembu jatuh ke tanah,” kata salinan keputusan dibuat pada akhir November tetapi diterbitkan pada hujung minggu lalu.

“Telah dibuktikan sains bahawa sinaran atom tidak menjejaskan rumah yang diperbuat daripada najis lembu. Meminum air kencing lembu boleh menyembuhkan penyakit yang tidak boleh diubati,” tambahnya.

Kumpulan nasionalis Hindu di India paling lantang mengenai perlindungan lembu yang berkempen menentang penyembelihan yang disokong kerajaan dan kadang kala mencetuskan pergaduhan hingga boleh membawa maut. – AFP

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

“Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas” – Protes Jordan

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel.
  • Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.
  • TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.
  • “Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.
  • Al Jazeera pula melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan.

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.

“Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Ada plakad tertulis “Amman-Gaza satu takdir”, manakala poster lain pula menggambarkan jurucakap bertopeng pejuang Hamas, Abu Obaida yang menjadi wira masyarakat dunia Arab.

Kedutaan Israel, di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama lima hari berturut-turut telah lama menjadi tempat tumpuan bilamana meningkatnya keganasan di antara Palestin dan Israel.

Al Jazeera melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending