Connect with us

Antarabangsa

Lebih 100 rang undang-undang anti-LGBTQ difailkan di 22 negeri AS

Lebih 100 rang undang-undang yang menyasarkan kelompok LGBTQ dan kehidupan queer (aneh/pelik) — daripada penjagaan kesihatan transgender kepada program golongan pondan (drag) difailkan di 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) untuk 2023 setakat ini.

Wartawan TMT

Published

on

lebih-100-rang-undang-undang-anti-lgbtq-difailkan-di-22-negeri-as
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 100 rang undang-undang yang menyasarkan kelompok LGBTQ dan kehidupan queer (aneh/pelik) — daripada penjagaan kesihatan transgender kepada program golongan pondan (drag) difailkan di 22 negeri di AS untuk 2023 setakat ini.
  • Peguam bela terkemuka di AS menjangkakan tahun ini akan mencatat rekod baharu untuk perundangan anti-LGBTQ.
  • Dalam tempoh tiga tahun lalu, 18 negeri melarang atlet pelajar transgender daripada bersaing dalam pasukan sukan sekolah yang sejajar dengan identiti jantina mereka dan bukannya jantina yang diberikan kepada mereka semasa lahir, demikian lapor badan pemikir LGBTQ, Movement Advancement Project. 
  • Empat negeri AS – Arkansas, Alabama, Tennessee dan Arizona – menggubal sekatan ke atas penjagaan perubatan yang mengesahkan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur, walaupun hakim persekutuan menghalang undang-undang daripada dikuat kuasakan di Arkansas dan Alabama.
  • Tahun ini penggubal undang-undang sekurang-kurangnya tiga negeri memperkenalkan rang undang-undang menyekat gadis dan wanita transgender daripada bermain dalam sukan wanita.

 

Lebih 100 rang undang-undang yang menyasarkan kelompok LGBTQ dan kehidupan queer (aneh/pelik) — daripada penjagaan kesihatan transgender kepada program golongan pondan (drag) difailkan di 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) untuk 2023 setakat ini.

Peguam bela terkemuka menjangkakan tahun ini akan mencatat rekod baharu untuk perundangan anti-LGBTQ.

Menurut Equality Texas, kumpulan advokasi LGBTQ seluruh negeri setakat ini, Texas mendahului dengan 36 rang undang-undang sedemikian, diikuti dengan Missouri (26); North Dakota (lapan) dan Oklahoma (enam).

Majoriti daripada kira-kira 120 rang undang-undang ini memfokuskan kepada golongan muda transgender dan meneruskan trend bermula kira-kira dua tahun lalu.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, 18 negeri melarang atlet pelajar transgender daripada bersaing dalam pasukan sukan sekolah yang sejajar dengan identiti jantina mereka dan bukannya jantina yang diberikan kepada mereka semasa lahir, demikian lapor badan pemikir LGBTQ, Movement Advancement Project. 

Empat negeri AS – Arkansas, Alabama, Tennessee dan Arizona – menggubal sekatan ke atas penjagaan perubatan yang mengesahkan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur, walaupun hakim persekutuan menghalang undang-undang daripada dikuat kuasakan di Arkansas dan Alabama.

Tahun ini penggubal undang-undang sekurang-kurangnya tiga negeri memperkenalkan rang undang-undang menyekat gadis dan wanita transgender daripada bermain dalam sukan wanita.

Malah penggubal undang-undang di 11 negeri mencadangkan rang undang-undang yang akan menyekat penjagaan kesihatan mengesahkan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur dilaksanakan.

Timbalan Pengarah Projek LGBT dan HIV Kesatuan Kebebasan Awam Amerika, Chase Strangio berkata dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, usaha untuk menyekat hak LGBTQ dan golongan pelik (queer) semakin meningkat.

Strangio, yang juga salah seorang peguam mewakili golongan muda transgender dan ibu bapa dalam tuntutan larangan Arkansas terhadap penjagaan perubatan mengesahkan jantina, mengatakan beliau menjangkakan jumlah rang undang-undang anti-LGBTQ difailkan tahun ini akan melebihi jumlah difailkan tahun lalu.

Jangkaan itu berikutan ketika ini lebih 340 rang undang-undang sedemikian dihantar ke badan perundangan negeri, demikian menurut Kempen Hak Asasi Manusia.

 

Sumber : NBC News

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending