Connect with us

Terkini

KPM rangka pelan pemulihan pelajar tercicir – Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Wartawan TMT

Published

on

KPM rangka pelan pemulihan pelajar tercicir - Menteri Pendidikan
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • KPM sedang merangka satu pelan pemulihan bagi membimbing pelajar sekolah tercicir dalam sistem pendidikan nasional.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini KPM belum mempunyai data lengkap jumlah pelajar terlibat dan sedang mengumpul data serta maklumat daripada NGO termasuk memproses input kajian dijalankan berhubung isu berkenaan.
  • “Memang dalam perhatian kita untuk dapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO, kalau mereka ada maklumat termasuk dakwaan yang 100,000 pelajar keciciran itu, saya minta mereka datang kepada KPM bawa bersama data tersebut untuk buat intervensi bersama-sama,” – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

 

NIBONG TEBAL, 15 Jamadilakhir 1444H, Ahad – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Menurut beliau, setakat ini KPM belum mempunyai data lengkap mengenai jumlah pelajar terlibat dan sedang mengumpul data serta maklumat daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk memproses input kajian yang dijalankan berhubung isu berkenaan.

“Memang dalam perhatian kita untuk dapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO, kalau mereka ada maklumat termasuk dakwaan yang 100,000 pelajar keciciran itu, saya minta mereka datang kepada KPM bawa bersama data tersebut untuk buat intervensi bersama-sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian sebagai mengulas saranan sebuah NGO agar KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir dilaporkan berkata, kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya sentiasa memandang serius isu keciciran pelajar itu malah KPM sejak dari awal lagi, menerusi tujuh teras yang dibentangkan sebelum ini, antara lain ialah menangani isu keciciran pelajar.

“Saya harap NGO itu (Untuk Malaysia) dapat datang ke KPM untuk bersama-sama berbincang kerana kita juga nak lihat program-program (berkaitan isu keciciran pelajar) yang telah dijalankan  sama ada efektif atau tidak,” katanya.

 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending