Terkini
KPM diminta cari cara terbaik basmi keciciran pendidikan anak Orang Asli
Isu keciciran murid yang dibangkitkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam memastikan kesaksamaan pendidikan setiap anak bangsa disambut baik masyarakat Orang Asli di negeri ini.
- Isu keciciran murid yang dibangkitkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam pastikan kesaksamaan pendidikan setiap anak bangsa disambut baik masyarakat Orang Asli di negeri ini.
- Mengakui jumlah kehadiran ke sekolah dalam kalangan anak masyarakat Orang Asli di pedalaman negeri ini masih rendah. – Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng
- “Bagi kami yang tinggal di pedalaman, masalah jalan perhubungan adalah isu utama punca keciciran murid, selain jarak ke sekolah yang sangat jauh, contohnya di Pos Gob.
- “Namun saya tidak menafikan, pemikiran serta sikap ibu bapa yang tidak ambil berat pendidikan anak juga jadi penyebab keciciran dalam kalangan murid Orang Asli,” katanya.
- Bidi turut minta kerajaan pertimbangkan pembinaan sekolah khas di Pos Simpor kerana kadar keciciran anak Orang Asli di kawasan itu masih tinggi.
GUA MUSANG: Isu keciciran murid yang dibangkitkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam memastikan kesaksamaan pendidikan setiap anak bangsa disambut baik masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Justeru komuniti berkenaan berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mencari inisiatif terbaik bagi membasmi keciciran dalam kalangan anak Orang Asli.
Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng, berkata beliau mengakui jumlah kehadiran ke sekolah dalam kalangan anak masyarakat Orang Asli di pedalaman negeri ini masih rendah.
“Bagi kami yang tinggal di pedalaman, masalah jalan perhubungan adalah isu utama yang juga menjadi punca keciciran murid, selain jarak ke sekolah yang sangat jauh, contohnya di Pos Gob.
“Namun saya tidak menafikan, pemikiran serta sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat pendidikan anak juga menjadi penyebab keciciran dalam kalangan murid Orang Asli,” katanya ketika ditemui di Pos Brooke, di sini hari ini.
Bidi turut meminta kerajaan mempertimbangkan pembinaan sekolah khas di Pos Simpor kerana kadar keciciran anak Orang Asli di kawasan itu masih tinggi.
“Masalah utama murid Orang Asli ramai tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa berpisah daripada ibu bapa dan tinggal di asrama seawal usia tujuh tahun.
“Kita harap kerajaan dapat mencari inisiatif berkesan bagi menarik minat murid ini supaya mereka menyambung pelajaran sehingga ke sekolah menengah,” katanya.
Muslan Alang, 68, pula berkata, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan kerajaan, semuanya sia-sia jika ibu bapa masih mengambil sikap sambil lewa.
“Kami akui kerajaan banyak menyumbang serta membantu Orang Asli termasuklah pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan,” katanya.
Terdahulu, KPM dilaporkan terus memantau dan melakukan intervensi ke atas murid berisiko cicir supaya mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan Lima.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina