Terkini
Kerajaan terbuka kerjasama dengan negeri dikuasai pembangkang – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pentadbiran negeri yang dikuasai pembangkang.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pentadbiran negeri yang dikuasai pembangkang.
- Pendekatan itu diambil untuk memastikan rakyat di seluruh negara mendapat manfaat melalui pelbagai projek yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.
- Kerajaan Persekutuan akan memberi tumpuan kepada projek berkepentingan dan pembangunan seperti pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir.
- “Saya ambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua termasuk dengan kerajaan-kerajaan negeri.” – PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pentadbiran negeri yang dikuasai pembangkang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan rakyat di seluruh negara mendapat manfaat menerusi pelbagai projek yang akan dibangunkan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, Kerajaan Persekutuan turut akan memberi tumpuan kepada projek berkepentingan dan pembangunan seperti pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir.
“Saya ambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua termasuk dengan kerajaan-kerajaan negeri.
“Tumpuan kita (adalah) beralih daripada projek-projek besar dan mega kepada projek-projek pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu di sini hari ini.
Anwar berkata, kerajaan pimpinannya juga akan menggunakan tema Rahmah (kasih sayang) dalam semua semua program bantuan rakyat miskin terutama miskin tegar.
Beliau berkata, program bantuan rakyat itu akan menjadi keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
“Program Rahmah itu dijadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin terutama miskin tegar yang menjadi keutamaan kita dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Terdahulu, Anwar turut mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu.
Sesi menghadap Sultan Mizan itu yang pertama buat Anwar sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord