Terkini
Keputusan subsidi bersasar diumum masa terdekat – Mat Sabu
Kajian meneruskan atau menghentikan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan ayam penelur kini berada pada peringkat akhir..
- Pemberian subsidi pada penternak ayam dan ayam penelur berada pada peringkat akhir sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
- “Subsidi ini sudah lama berjalan dan ada permintaan supaya dikaji agar ianya pergi pada subsidi bersasar.” – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu
- Kementerian akan pastikan golongan berkenaan terutama yang terjejas peningkatan kos sara hidup itu dibantu melalui pemberian subsidi bersasar tersebut.
- Perkara itu sedang dibincang di peringkat beberapa kementerian antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta beberapa kementerian lain.
ALOR SETAR: Kajian meneruskan atau menghentikan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan ayam penelur kini berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum pengumuman berkaitan dibuat dalam masa terdekat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, perkara itu sedang dibincang di peringkat beberapa kementerian antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta beberapa kementerian lain.
“Subsidi ini sudah lama berjalan dan ada permintaan supaya dikaji agar ianya pergi kepada subsidi bersasar. Kini di peringkat kajian akhir, InsyaAllah akan diumumkan pada masa terdekat. Nantilah keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Jualan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong di sini.
Mohamad mengulas perkembangan terbaharu cadangan kementerian tersebut untuk melaksanakan pemberian subsidi bersasar kepada golongan tertentu terutama B40.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarah semua jabatan merangka dan membangunkan langkah yang sesuai untuk melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri.
Tambah Mohamad, kementerian akan memastikan golongan berkenaan terutama yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup itu dibantu melalui pemberian subsidi bersasar tersebut.
“InsyaAllah kali ini sampai (bantuan subsidi) kalau ada aduan itu pegawai kita akan bertindak segera,” katanya.
Pemberian subsidi untuk penternak ayam dilaksanakan awal tahun lalu oleh kerajaan terdahulu sebagai intervensi sementara dalam menangani kos pengeluaran yang meningkat dan harga ayam yang stabil kepada pengguna.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza