Connect with us

Terkini

Jangan cemarkan masjid, surau sebar dakyah politik

Semua pihak, khususnya ahli politik tidak mencemarkan institusi masjid dan surau di negeri ini untuk menyebarkan dakyah politik.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan cemarkan masjid, surau sebar dakyah politik
Foto: Mohd. Fared Mohd. Khalid.
  • MAINJ turut memberi amaran dan melarang individu atau ahli politik jadikan masjid sebagai tempat penyebaran atau perbincangan tentang hal ehwal politik. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid 
  • Pihak yang berkompromi benarkan pelaksanaan program berunsur politik akan diambil tindakan, tegasnya.
  • “Sebarang aktiviti berbentuk ceramah agama, usrah, perkongsian ilmu agama atau lain-lain perlulah mendapat tauliah kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).
  • “Penceramah yang menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu perlu mendapat pentauliahan dan pengiktirafan rasmi oleh MAINJ. Kelulusan MAINJ menjadi keutamaan dan penekanan berhubung isu larangan ceramah politik di dalam masjid perlu diberikan perhatian serius,” katanya.

JOHOR BAHRU: Semua pihak, khususnya ahli politik tidak mencemarkan institusi masjid dan surau di negeri ini untuk menyebarkan dakyah politik.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penegasan itu dibuat bagi menjunjung titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang selaras dengan Seksyen 96 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Katanya, MAINJ turut memberi amaran dan melarang sekeras-kerasnya bagi individu atau ahli politik untuk menjadikan masjid sebagai tempat penyebaran atau perbincangan tentang hal ehwal politik.

“Ingin ditegaskan bahawa penganjuran program-program berbaur politik di dalam masjid tidak boleh dilaksanakan sama sekali dan mana-mana pihak yang berkompromi membenarkan pelaksanaan program berunsur politik juga akan diambil tindakan. 

“Sebarang aktiviti berbentuk ceramah agama, usrah, perkongsian ilmu agama atau lain-lain perlulah mendapat tauliah kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

“Penceramah yang menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu juga perlu mendapat pentauliahan dan pengiktirafan rasmi oleh MAINJ. Kelulusan MAINJ menjadi keutamaan dan penekanan berhubung isu larangan ceramah politik di dalam masjid perlu diberikan perhatian serius,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Khas MAINJ di Bukit Timbalan, di sini hari ini.

Mohd. Fared berkata, arahan larangan itu akan ditampal di 850 masjid dan 2,000 surau di seluruh negeri dengan segera.

MAINJ juga akan mengadakan pertemuan dengan pengerusi masjid, surau, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua setiap parti politik di negeri ini bagi menerangkan mengenai larangan tersebut.

“Selain tempat beribadat, masjid berfungsi sebagai medan perkembangan dakwah dan penyebaran ilmu menerusi program syarahan atau ceramah agama oleh penceramah yang bertauliah. Ia menjadi tempat berkumpul orang Islam untuk mengadakan majlis keagamaan, mesyuarat dan kegiatan yang menjurus kepada kesatuan silaturahim umat Islam.

“Walau bagaimanapun, masjid dan surau kini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak sensitif apabila program-program keagamaan dicampuradukkan kandungannya dengan unsur politik sehingga menyebabkan salah faham dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. 

“Dalam situasi lain, ada juga yang berselindung di sebalik program keagamaan dengan menggunakan pentas ceramah, kuliah atau syarahan di masjid untuk menyelitkan unsur-unsur fitnah dan menyebarkan fahaman politik tertentu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending