Connect with us

Terkini

Hukuman berat akan dikenakan kepada pasangan, wali dan saksi jika nikah di Siam

Hukuman berat bukan saja menanti pasangan yang ‘lari’ untuk bernikah di Thailand, malah wali dan saksi juga turut sama bakal dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Wartawan TMT

Published

on

Hukuman berat bukan saja menanti pasangan yang 'lari' untuk bernikah di Thailand, malah wali dan saksi juga turut sama bakal dikenakan tindakan jika didapati bersalah.
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • “Kesalahan pertama boleh dicajkan iaitu akad nikah tanpa kebenaran membawa hukuman maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara. Kedua, Seksyen 125 perkahwinan tanpa kebenaran boleh didenda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara.” – Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT), Wan Abd Malik Wan Sidek
  • “Ketiga, Seksyen 126 iaitu poligami tanpa kebenaran boleh dicajkan dengan maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara. Keempat, Seksyen 32 tidak buat laporan pengesahan di pejabat agama selepas dua bulan boleh didenda maksimum RM2,000 dan penjara tidak lebih satu tahun.”
  • “Pasangan perempuan boleh didenda bawah Seksyen 32 (2) iaitu akad nikah tanpa kebenaran boleh denda RM2,000 atau penjara satu tahun manakala Seksyen 125 iaitu perkahwinan tanpa kebenaran maksimum RM5,000 atau penjaranya lebih melebihi tiga tahun.”
  • “Wali juga boleh didenda bawah Seksyen 36 iaitu perkahwinan yang tidak dibenarkan yang mana denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara manakala saksi-saksi boleh didenda bawah Seksyen 137 iaitu percubaan dan subahat yang mana hukuman sama dengan pasangan lelaki.”

KUALA TERENGGANU: Hukuman berat bukan saja menanti pasangan yang ‘lari’ untuk bernikah di Thailand, malah wali dan saksi juga turut sama bakal dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Data menunjukkan rakyat Terengganu yang berkahwin tanpa kebenaran di negara jiran semakin meningkat majoriti membabitkan golongan muda dan lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Bagi perempuan pula kebanyakannya membabitkan ‘anak dara’ berusia bawah 30 tahun selain ada juga golongan itu yang sudah berusia biasanya tetapi tidak mempunyai dokumen perceraian.

Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT), Wan Abd Malik Wan Sidek berkata walaupun hukuman mengikut Enakmen Undang-Undang Agama Islam Negeri Terengganu 2017 dinaikkan, masih berlaku rakyat negeri ini melangsungkan perkahwinan di Thailand.

Beliau berkata, pihaknya mendapati berlaku peningkatan perkahwinan tanpa kebenaran tahun lalu mengikut kertas siasatan yang dibuka membabitkan seramai 859 pasangan berbanding 786 pasangan pada tahun 2021 seluruh negeri ini.

“Jika kita lihat kepada data, ia tidak berkurang walaupun undang-undang ini dipinda dengan hukuman yang lebih berat dan masyarakat masih tidak takut sebaliknya lari dari undang-undang kita untuk berkahwin di selatan Thailand.

“Kebiasaannya yang memilih berkahwin di Thailand kerana mahu berpoligami, pasangan sudah hamil, tidak mahu mengikut prosedur dengan mengisi borang perkahwinan dan pasangan lari daripada wali.

“Kalau kita lihat sekarang ini, pejabat agama memudahkan masyarakat dengan mengisi borang dalam talian berbanding sebelum ini, tapi disebabkan perangai masyarakat kita yang mudah lagi mahu mudah, mahu segera, …ini yang menjadi masalahnya,” katanya ditemui di pejabatnya di sini.

Wan Abd Malik berkata, bagi kes pernikahan di Thailand dan jika didapati bersalah, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Terengganu menetapkan pasangan lelaki boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM11,000 dan enam tahun penjara.

Beliau yang juga Ketua Pendakwa Syarie Negeri Terengganu berkata, kesalahan pertama yang boleh dicajkan iaitu akad nikah tanpa kebenaran yang membawa hukuman maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara dan kedua, Seksyen 125 perkahwinan tanpa kebenaran boleh dicajkan maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara.

“Ketiga, Seksyen 126 iaitu poligami tanpa kebenaran boleh dicajkan dengan maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara manakala keempat biasanya, Seksyen 32 tidak membuat laporan pengesahan di pejabat agama selepas dua bulan dan sekiranya tidak membuat laporan boleh dicajkan denda maksimum RM2,000 dan penjara tidak lebih satu tahun.

“Bagi pasangan perempuan pula boleh dicajkan dengan dua kesalahan membabitkan RM7,000 dan empat tahun penjara jika sabit kesalahan.

“Pasangan perempuan boleh dicaj di bawah Seksyen 32 (2) iaitu akad nikah tanpa kebenaran boleh dicajkan denda RM2,000 atau penjara satu tahun manakala Seksyen 125 iaitu perkahwinan tanpa kebenaran maksimum RM5,000 atau penjaranya lebih melebihi tiga tahun,” katanya.

Wan Abd Malik berkata, wali juga boleh dicajkan di bawah Seksyen 36 iaitu perkahwinan yang tidak dibenarkan yang mana denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara manakala saksi-saksi boleh dicajkan di bawah Seksyen 137 iaitu percubaan dan subahat yang mana hukuman sama dengan pasangan lelaki.

“Kesan perkahwinan di selatan Thailand ini ia perlu kepada pengesahan oleh pendaftar perkahwinan ataupun pengesahan pihak mahkamah dan sekiranya tidak disahkan apabila berlaku kelahiran, anak itu tidak boleh dibinkan dengan bapanya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending