Connect with us

Terkini

Hati-hati, hindar jadi mangsa penipuan dan berita palsu – Teo Nie Ching

Rakyat perlu lebih berhati-hati dan meneliti kesahihan maklumat atau berita yang diterima, agar tidak menjadi mangsa kepada berita palsu serta jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Wartawan TMT

Published

on

Hati-hati, hindar jadi mangsa penipuan dan berita palsu - Teo Nie Ching
Foto: Teo Nie Ching.
  • Rakyat harus lebih berhati-hati dan teliti kesahihan maklumat mahupun berita diterima, supaya  tidak menjadi mangsa disebabkan berita palsu serta jenayah penipuan.
  • Melalui era pendigitalan kini, pihak tertentu mampu memanipulasi maklumat dengan tujuan jahat, terutamanya menerusi maklumat disebarkan di platform media sosial.
  • Oleh itu, rakyat perlu bijak dalam menilai sesuatu maklumat diterima, sebelum bertindak atau berkongsi dengan orang lain, kerana berpotensi menjadi suatu ancaman sekiranya terdapat berita palsu atau ada unsur penipuan.
  • “Tanya dahulu diri kita adakah maklumat itu betul. Kalau kurang pasti, kita perlu semak dan jangan sebarkan,”- Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu lebih berhati-hati dan meneliti kesahihan maklumat atau berita yang diterima, agar tidak menjadi mangsa kepada berita palsu serta jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Beliau berkata era pendigitalan kini membolehkan maklumat dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan tujuan jahat, terutamanya menerusi maklumat yang disebarkan di platform media sosial.

Oleh itu, Teo berkata rakyat perlu lebih celik dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima, sebelum bertindak ke atasnya atau berkongsi dengan orang lain, kerana ia berpotensi menjadi suatu ancaman sekiranya ia berita palsu atau ada unsur penipuan.

Beliau berkata orang ramai boleh mengguna pakai pelbagai saluran yang disediakan kerajaan untuk mengesahkan kesahihan maklumat atau berita.

“Contohnya, jika ada berita tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bantuan, bukalah laman web JKM dan tengok kalau memang mereka ada buka permohonan baharu untuk bantuan. Jika tidak ada juga, maksudnya maklumat itu berkemungkinan besar adalah berita palsu.

“Tanya dahulu diri kita adakah maklumat itu betul. Kalau kurang pasti, kita perlu semak dan jangan sebarkan,” katanya pada program Pastikan Sahih yang disiarkan di TV1 hari ini.

Selain itu, Teo turut berkata rakyat yang mengesyaki mereka telah menjadi mangsa jenayah penipuan, perlu terus menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa.

“Ini satu pusat sehenti, yang membolehkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera untuk cuba menghentikan aliran keluar wang mangsa, sebaik sahaja mereka sedar mereka telah menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending