Connect with us

Terkini

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac depan – TPM

Kerajaan bakal melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 (DPTN 2.0) pada 11 Mac depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac depan - TPM
  • DPTN 2.0 itu akan dilancarkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
  • “DPTN akan dihidupkan semula dan diselaraskan dengan pihak kerajaan negeri kerana hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
  • “Kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional kepada penghafaz al-Quran agar mereka juga dapat menyumbang kepada negara selain mengangkat martabat golongan terbabit,” katanya.
  • Kerajaan juga akan memastikan golongan ini beri sumbangan kepada negara dan mengekalkan kebolehan menghafal al-Quran serta menjadi ahli masyarakat al-Quran seperti negara Islam lain.

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 (DPTN 2.0) pada 11 Mac depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, DPTN 2.0 itu akan dilancarkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara.

“DPTN akan dihidupkan semula dan diselaraskan dengan pihak kerajaan negeri kerana hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Ketika ini, DPTN 1.0 sedang dikaji supaya wujud penyelarasan dari segi kaedah pengajaran dalam institusi tahfiz agar mereka yang keluar daripada institusi tahfiz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sahaja.

“Kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional kepada penghafaz al-Quran agar mereka juga dapat menyumbang kepada negara selain mengangkat martabat golongan terbabit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Personaliti Quran dan Wakaf al-Qur’an di Kompleks Nasyrul Quran, di sini malam ini.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan golongan huffaz ini dapat memberi sumbangan kepada negara dan mengekalkan kebolehan menghafal al-Quran serta menjadi ahli masyarakat al-Quran seperti negara Islam lain.

Ahmad Zahid berkata, Dasar Tahfiz Negara dilancarkan pada 2018, malah ia sebahagian daripada program Transformasi Nasional 2050 (TN 2050) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, program itu menyasarkan untuk mewujudkan seramai 250,000 huffaz (penghafal al-Quran) dari golongan ahli profesional antaranya jurutera dan doktor.

“Malang sekali program berkenaan terbatal kerana pertukaran kerajaan namun, ia akan dihidupkan semula di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut berkesempatan meraikan sembilan tokoh personaliti Quran yang terlibat secara langsung dengan aktiviti dan usaha pembudayaan al-Qur’an di dalam negara dan luar negara.

Mereka adalah Syaikh Dr. Ahmad Eisaa al-Ma’sarawi (Mesir); Datuk Okhna Othsman Hassan (Kemboja); Datuk Dr. Prof. Mohd Hasbi Abu Bakar (Singapura); Datuk Nooh Gadut; Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil, Tan Sri Aseh Che Mat; Datuk Dr. Norhafizah Musa; Datuk Mohd Asri Ahmad dan Dr. Norakyairee Mohd. Raus.

Pada majlis sama, lebih RM308,000 dana berjaya dikumpulkan bagi projek wakaf al-Quran yang disumbangkan syarikat korporat dan persendirian. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Author

Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending