Terkini
Dakwaan Pas jadi ‘polis moral’ jelik, DAP tidak sensitif isu umat Islam
Pas menyifatkan tuduhan DAP bahawa parti itu cuba menjadi polis moral berikutan isu promosi arak di sebuah pasar raya di Permatang Pauh, Pulau Pinang sebagai jelik.
- Tuduhan DAP bahawa parti itu cuba menjadi polis moral berikutan isu promosi arak di sebuah pasar raya di Permatang Pauh, Pulau Pinang disifatkan PAS sebagai jelik.
- Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) Datuk Ahmad Yahaya berkata, kenyataan itu menggambarkan DAP tidak sensitif berkaitan isu umat Islam.
- Situasi sama berlaku ketika Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi mengumumkan penutupan premis perjudian di negeri itu pada 1 Januari lalu.
KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan tuduhan DAP bahawa parti itu cuba menjadi polis moral berikutan isu promosi arak di sebuah pasar raya di Permatang Pauh, Pulau Pinang sebagai jelik.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) Datuk Ahmad Yahaya berkata, kenyataan itu mengambarkan DAP tidak faham isu sensitif berkaitan umat Islam.
“Langkah mempromosi arak secara berlebihan di kawasan majoriti umat Islam merupakan suatu tindakan yang tidak wajar.
“Ironinya tindakan tegas Ahli Parlimen tersebut mendapat reaksi negatif sebahagian pemimpin PH/DAP yang menganggap Pas menjadi ‘polis moral’.
“Amat menjelikkan apabila kenyataan mereka langsung tidak mencerminkan kefahaman mereka terhadap isu-isu sensitif melibatkan umat Islam,” kata Ahmad.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pokok Sena itu berkata, situasi sama berlaku ketika Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi mengumumkan penutupan premis perjudian di negeri itu pada 1 Januari lalu.
Katanya, sebahagian pimpinan DAP menganggap tindakan Kerajaan Negeri Kedah ‘merosakkan keharmonian masyarakat’.
“DUPP berpandangan apabila prinsip moral tidak dikawal berpandukan ajaran agama, maka nafsu kebinatangan akan menguasai diri seseorang dan merebak kepada sebuah masyarakat.
“Begitulah ideologi dan perlakuan LGBT berkembang dalam dunia hari ini.
“Oleh sebab itu, langkah yang diambil ini bagi menguruskan moral bermasyarakat supaya tidak terus merosak,” katanya.
Ahmad menegaskan, Pas akan sentiasa mempertahankan seruan amar ma’ruf nahi munkar dalam masyarakat.
Ia secara asas adalah tanggungjawab yang terpikul bersama oleh umat Islam.
Ahmad memuji langkah proaktif Ahli Parlimen Permatang Pauh, Fawwaz Md Jan serta ahli Pas di yang menangani isu promosi arak yang berlebihan di kawasan itu.
Beliau berkata, perbincangan dua hala bersama pihak pengurusan pasar raya tersebut melambangkan kematangan Pas dalam membawa penyelesaian suara rakyat setempat.
Sebelum ini Seorang ADUN Pulau Pinang membidas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Pas yang dianggap mengambil peranan sebagai ‘polis moral’ di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Daniel Gooi berkata, langkah diambil Muhammad Fawwaz dalam isu promosi jualan minuman keras untuk orang bukan Islam itu juga mengundang tanda tanya lain.
Kata ADUN Pengkalan Kota berkenaan, aktiviti promosi minuman keras di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya itu dibuat sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.
Katanya, memang sangat nyata dan jelas promosi tersebut ditujukan kepada golongan bukan muslim serta dianjurkan dengan mematuhi segala undang-undang yang sedia ada. – MalaysiaGazette
Sumber: Malaysia Gazette
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina