Connect with us

Terkini

C4 gesa gubal RUU dana politik, bendung gejala politik wang

Kumpulan anti-rasuah, C4 menggesa kerajaan segera melaksanakan penggubalan RUU pendanaan politik untuk membendung gejala politik wang.

Wartawan TMT

Published

on

C4 gesa gubal RUU dana politik, bendung gejala politik wang
Foto: Pemangku CEO, Pushpan Murugiah.
  • Kumpulan anti-rasuah, The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) menggesa kerajaan segera melaksanakan penggubalan RUU pendanaan politik untuk membendung gejala politik wang.
  • Pemangku CEO, Pushpan Murugiah, berkata perbelanjaan parti politik semasa pilihan raya harus dipantau supaya kegiatan politik wang tidak berlaku.
  • “Derma-derma yang diterima harus juga dihadkan dan dipantau supaya parti atau ahli politik tidak dibeli oleh ahli korporat atau kumpulan yang besar.
  • “Kami memahami parti politik juga memerlukan dana untuk kegiatan politik, dan penggubalan RUU pendanaan politik supaya kegiatan ini lebih telus dan dapat mengurangkan kegiatan rasuah,” katanya.

PETALING JAYA: Kumpulan anti-rasuah, The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) menggesa kerajaan segera melaksanakan penggubalan rang undang-undang (RUU) pendanaan politik untuk membendung gejala politik wang.

Pemangku CEO, Pushpan Murugiah, berkata perbelanjaan parti politik semasa pilihan raya harus dipantau supaya kegiatan politik wang tidak berlaku.

“Derma-derma yang diterima harus juga dihadkan dan dipantau supaya parti atau ahli politik tidak dibeli oleh ahli korporat atau kumpulan yang besar.

“Kami memahami parti politik juga memerlukan dana untuk kegiatan politik, dan penggubalan RUU pendanaan politik supaya kegiatan ini lebih telus dan dapat mengurangkan kegiatan rasuah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa hampir semua calon PRU15 yang menang menawarkan rasuah.

Bekas perdana menteri itu mendakwa parti calon terbabit membelanjakan ratusan juta ringgit untuk berkempen. Malah, katanya, rasuah diberikan secara terbuka dan ramai yang menerima rasuah sebelum mengundi.

Mahathir berkata PRU15 ialah pilihan raya paling korup pernah diadakan di Malaysia.

Pushpan berkata dalam kes yang didakwa Mahathir itu, beliau mencadangkan undang-undang pilihan raya juga harus diperketatkan.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bertanggungjawab menyiasat kes politik wang dan mendakwa mereka yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Bersih, Thomas Fann, berkata bagi membendung politik wang dan rasuah, polis dan SPRM perlu bertindak atas laporan rasuah, manakala peguam negara perlu mendakwa pesalah supaya ada pencegahan terhadap politik wang.

Beliau juga sependapat dengan C4 bahawa kerajaan perlu menggubal RUU pendanaan politik dan tidak melambatkan proses itu.

“Ini supaya pembiayaan dan perbelanjaan kempen menjadi telus dan ada akauntabiliti.

“Terdapat keperluan untuk mengawal selia di mana pihak mendapatkan dana untuk memastikan sumber itu sah, dan tidak terikat dengan penderma korporat yang akan membawa kepada rasuah selepas pilihan raya,” katanya.

Sumber: FreeMalaysiaToday

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending