Connect with us

Antarabangsa

Arak: Tiada tahap pengambilan alkohol yang selamat untuk kesihatan – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan tiada tahap pengambilan alkohol yang selamat untuk kesihatan.

Wartawan TMT

Published

on

Arak: Tiada tahap pengambilan alkohol yang selamat untuk kesihatan - WHO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Alkohol ialah bahan toksik, psikoaktif, dependence-producing substance dan diklasifikasikan sebagai karsinogen (agen kanser) Kumpulan 1 oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser beberapa dekad lalu – ini adalah kumpulan berisiko tertinggi, termasuk asbestos, radiasi dan tembakau. 
  • Ia menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh jenis kanser, termasuk kanser paling biasa, seperti kanser usus dan kanser payudara wanita. 
  • “Kita tidak boleh bercakap tentang tahap penggunaan alkohol yang dikatakan selamat. Tidak kira berapa banyak anda minum – risiko kepada kesihatan peminum bermula dari titisan pertama mana-mana minuman beralkohol,” kata Penasihat Serantau untuk Alkohol dan Dadah Haram di Pejabat Wilayah WHO, di Eropah, Dr Carina Ferreira-Borges.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan tiada tahap pengambilan alkohol yang selamat untuk kesihatan.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam The Lancet Public Health yang menjalankan penilaian secara sistematik tentang risiko dan kemudaratan meminum alkohol selama beberapa tahun sebelum ia didokumenkan.

Alkohol ialah bahan toksik, psikoaktif dan dependence-producing substance serta diklasifikasikan sebagai karsinogen (agen kanser) Kumpulan 1 oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser beberapa dekad lalu – ini adalah kumpulan berisiko tertinggi, termasuk asbestos, radiasi dan tembakau. 

Alkohol menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh jenis kanser, termasuk kanser paling biasa, seperti kanser usus dan kanser payudara wanita. 

Ini berikutan, etanol (alkohol) menyebabkan kanser melalui mekanisme biologi apabila sebatian itu terurai dalam badan, yang bermaksud sebarang pengambilan minuman beralkohol, tanpa mengira harga dan kualitinya ia berisiko mengakibatkan kanser.

Malah, risiko mendapat kanser meningkat dengan ketara apabila lebih banyak pengambilan alkohol. 

Bagaimanapun, data terkini menunjukkan separuh daripada semua kanser dikaitkan dengan alkohol di Wilayah Eropah WHO disebabkan pengambilan alkohol ringan dan sederhana – kurang daripada 1.5 liter wain atau kurang daripada 3.5 liter bir atau kurang daripada 450 mililiter spirit setiap minggu. 

Corak minum ini bertanggungjawab ke atas kebanyakan kanser payudara melibatkan golongan wanita, dengan jumlah tertinggi direkodkan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU). 

Di EU, kanser adalah punca utama kematian – dengan kadar kejadian yang semakin meningkat – dan majoriti kematian yang disebabkan alkohol adalah disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kanser.

“Kita tidak boleh bercakap tentang tahap penggunaan alkohol yang dikatakan selamat. Tidak kira berapa banyak anda minum – risiko kepada kesihatan peminum bermula dari titisan pertama mana-mana minuman beralkohol. 

“Satu-satunya perkara yang boleh kami katakan dengan pasti ialah semakin banyak anda minum, semakin berbahaya – atau, dengan kata lain, semakin kurang anda minum, semakin selamat,” kata pemangku Ketua Unit untuk Pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit dan Penasihat Serantau untuk Alkohol dan Dadah Haram di Pejabat Wilayah WHO di Eropah, Dr Carina Ferreira-Borges.

 

Sumber : World Health Organization

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending