Connect with us

Terkini

40 negara anggota PBB desak rejim Israel batal sekatan ke atas Palestin

Kira-kira 40 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Pihak Berkuasa Palestin awal bulan ini.

Wartawan TMT

Published

on

40-negara-anggota-pbb-desak-rejim-israel-batal-sekatan-ke-atas-palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 40 negara anggota PBB menggesa Israel menarik balik sekatan dikenakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin pada awal bulan ini.
  • Menerusi kenyataan, kira-kira 40 negara anggota mengesahkan ‘sokongan tidak berbelah bahagi’ terhadap Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan undang-undang antarabangsa.
  • Kenyataan sama turut menyatakan ‘kebimbangan mengenai keputusan kerajaan Israel mengenakan tindakan menghukum rakyat Palestin, kepemimpinan dan masyarakat awam susulan gesaan Perhimpunan Agung’ kepada mahkamah.

AMERIKA SYARIKAT: Kira-kira 40 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Pihak Berkuasa Palestin awal bulan ini.

Ia susulan desakan ke atas mahkamah tertinggi PBB yang mengeluarkan pendapat nasihat mengenai pendudukan Israel.

Menerusi kenyataan, kira-kira 40 negara anggota mengesahkan ‘sokongan tidak berbelah bahagi’ kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan undang-undang antarabangsa.

Kenyataan sama turut menyatakan ‘kebimbangan mengenai keputusan kerajaan Israel mengenakan tindakan menghukum rakyat Palestin, kepemimpinan dan masyarakat awam susulan gesaan Perhimpunan Agung’ kepada mahkamah.

“Tanpa menghiraukan pendirian setiap negara mengenai resolusi ini, kami menolak langkah punitif sebagai tindak balas terhadap permohonan mendapatkan pendapat nasihat ICJ dan secara lebih meluas sebagai tindak balas kepada resolusi Perhimpunan Agung, selain menggesa ia segera dibatalkan,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani negara yang mengundi untuk resolusi berkenaan antaranya Algeria, Argentina, Belgium, Ireland, Pakistan dan Afrika Selatan, termasuk yang menentangnya, Jerman dan Estonia.

Jepun, Perancis dan Korea Selatan pula mengambil langkah berkecuali.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, dalam kenyataan berkata, ia penting bagi menunjukkan negara anggota bersatu menolak langkah punitif itu tanpa mengira bentuk undian masing-masing.

Ditanya kenyataan ahli, jurucakap Setiausaha Agung PBB itu mengulangi ‘kebimbangan’ Antonio Guterres mengenai ‘tindakan Israel terhadap Pihak Berkuasa Palestin, baru-baru ini’, selain menegaskan ‘tidak perlu ada tindakan balas’ berkaitan dengan ICJ.

Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin dijadualkan pada Rabu, selain mesyuarat terdahulu selepas lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa, menjurus kepada pertikaman lidah antara diplomat Israel dan Palestin.

Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi meminta pendapat mengenai isu pendudukan Israel di wilayah Palestin daripada ICJ pada 30 Disember lalu.

Sebagai tindakan balas, Israel mengumumkan beberapa siri sekatan, termasuk kewangan terhadap Pihak Berkuasa Palestin bagi mendesak resolusi itu pada 6 Januari lalu. 

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending