Connect with us

Terkini

Turunkan cabutan judi usaha yang bagus namun usah fitnah – Ketua Penerangan PAS tegur PM

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin tampil memperjelaskan bahawa parti itu dari dulu lagi membantah langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi. 

Wartawan TMT

Published

on

Turunkan cabutan judi usaha yang bagus namun usah fitnah - Ketua Penerangan PAS tegur PM
  • Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, bahawa parti itu dari dulu lagi membantah langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi. 
  • Beliau pernah berbuat demikian apabila kerajaan menaikkan jumlah cabutan khas itu kepada 22 kali pada tahun lepas. 
  • “Langkah PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menurunkan cabutan judi itu merupakan usaha yang bagus tetapi tidak perlu ditambah dengan fitnah.
  • “Alang-alang, saya nak cadang kepada kerajaan untuk hapuskan terus judi macam yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada berani?” soalnya.

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin tampil memperjelaskan bahawa parti itu dari dulu lagi membantah langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi. 

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pemuda Pas pernah berbuat demikian apabila kerajaan menaikkan jumlah cabutan khas itu kepada 22 kali pada tahun lepas. 

Ujarnya, terdapat penyokong Pakatan Harapan (PH) sanggup kitar semula fitnah menuduh Pas menyokong peningkatan cabutan judi. 

“Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menurunkan cabutan judi itu merupakan usaha yang bagus tetapi tidak perlu ditambah dengan fitnah.

“Untuk makluman semua juga, cukai judi menunjukkan penurunan mendadak sepanjang Perikatan Nasional (PN) memerintah kerana banyak pusat judi berjaya ditutup di negeri-negeri Pas memerintah. 

“Alang-alang, saya nak cadang kepada kerajaan untuk hapuskan terus judi macam yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada berani?” soal beliau dalam siaran di Facebook pada Selasa. 

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kekerapan cabutan khas perjudian kembali diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari tahun hadapan.

Ia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan cabutan khas perjudian itu dikurangkan berbanding 22 kali pada era pemerintahan kerajaan terdahulu.

Sementara itu, berhubung dakwaan perbelanjaan RM600 bilion tanpa tender yang dibuat kerajaan terdahulu, Khairil Nizam turut menggesa supaya kerajaan mengemukakan bukti berhubung perkara itu. 

“Buat apa bayang-bayang. Kalau ada bukti, kemukakanlah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending