Connect with us

Terkini

Tiada parti poltik boleh ancam kedudukan Melayu dan Islam – Aziz Bari

Tidak ada parti politik yang boleh mengancam kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada parti poltik boleh ancam kedudukan Melayu dan Islam - Aziz Bari
Foto: Dr Abdul Aziz Bari.
  • DAP Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari berkata kedudukan raja-raja, bahasa Melayu dan Islam tidak boleh disentuh apalagi dipinda.
  • Menurutnya, Undang-undang Tubuh Perak menyatakan Menteri Besar mesti orang Melayu dan Islam dan Setiausaha Kerajaan Negeri mesti Melayu dan Islam.
  • Katanya, Parlimen juga tidak boleh menyentuh institusi beraja, malah tuduhan PH ‘Republican’ untuk memansuhkan sistem beraja tidak boleh dilakukan.
  • “Anehnya golongan Melayu berasa takut dan bimbang diancam. Ini satu fenomena yang pelik lagi ganjil, berlawanan dengan logik dan fitrah alam,” katanya.

IPOH – Tidak ada parti politik yang boleh mengancam kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dr Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) berkata, kedudukan dalam perlembagaan atau undang-undang tubuh telah menetapkan betapa kedudukan raja-raja, bahasa Melayu dan Islam tidak boleh disentuh apalagi dipinda sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 63(5) dan 72(5) serta 159 (5).

Menurutnya, di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Perkara 12(2) juga ada menyatakan bahawa Menteri Besar mesti orang Melayu dan Islam dan Perkara 26C yang menetapkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri mesti Melayu dan Islam.

“Ini semua adalah peruntukan undang-undang yang menunjukkan betapa kebalnya kedudukan orang Melayu dan Islam.

“Hatta di Parlimen pun tidak boleh menyentuh atau membawa usul memansuhkan institusi beraja, jadi tidak timbul soal atau tuduhan bahawa Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada ‘Republican’ atau orang yang cenderung untuk memansuhkan sistem beraja kerana ia tidak boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu.

Abdul Aziz berkata, semasa titah Diraja pada Selasa, baginda Sultan mengambil maklum bahawa dari lebih 2.5 juta penduduk Perak, 61.5 peratus adalah orang Melayu, selebihnya 26.7 peratus Cina dan 11.3 peratus India.

“Secara mudahnya jumlah penduduk Melayu adalah 1.6 kali atau hampir dua kali ganda penduduk bukan Melayu.

“Anehnya golongan Melayu yang merupakan golongan majoriti dan penduduk asal ini yang berasa takut dan bimbang diancam. Ini satu fenomena yang pelik lagi ganjil, berlawanan dengan logik dan fitrah alam,” katanya.

Bekas Exco Kerajaan Negeri itu turut menegaskan, dakwaan ada parti tertentu yang menjadi kerajaan akan memberikan hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baharu adalah tidak benar.

Menurutnya, perkara sedemikian bukanlah asas atau perkara pokok dalam Perlembagaan tetapi terikat kepada undang-undang sedia ada.

“Kata nak bagi tanah pada Cina adalah satu fitnah, mengarut, tidak timbul soal itu. Kalau soal tanah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri sepertimana dalam Kanun Tanah Negara.

“Setiap perkara itu mesti dibawa dalam Parlimen atau Dewan, tidak ada yang boleh dilakukan secara senyap-senyap di belakang, tidak ada,” katanya bagi menjawab soalan Rahim Ismail (Pas-Changkat Jering) yang bangun mencelah perbahasan.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending