Connect with us

Terkini

Terengganu lulus enakmen Jenayah Syariah Takzir libat aktiviti sihir, LGBT

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang antara lain memasukkan Seksyen 3A melibatkan aktiviti perbomohan dan sihir. 

Wartawan TMT

Published

on

Terengganu lulus enakmen Jenayah Syariah Takzir libat aktiviti sihir, LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • DUN Terengganu hari ini (1 Disember) meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang memasukkan Seksyen 3A, aktiviti perbomohan dan sihir. 
  • Pindaan itu juga melibatkan Seksyen 33A (orang perempuan berlagak seperti lelaki); Seksyen 36A (liwat); dan Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah). 
  • Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri berharap agar kesejahteraan umat Islam di Terengganu lebih terjaga.
  • Bagi seksyen berkaitan orang perempuan berlagak seperti lelaki pula, katanya sebelum ini peruntukan hanya melibatkan lelaki menyerupai perempuan. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini (1 Disember) meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang antara lain memasukkan Seksyen 3A melibatkan aktiviti perbomohan dan sihir. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satiful Bahari Mamat berkata pindaan enakmen tersebut juga melibatkan Seksyen 33A (orang perempuan berlagak seperti lelaki); Seksyen 36A (persediaan melakukan liwat); dan Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah). 

“Kita cuba memanfaatkan ruang yang ada dengan memaksimumkan hukuman berdasarkan Peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan. 

“Dengan adanya pindaan ini kita mengharapkan supaya kesejahteraan umat Islam khususnya di Terengganu lebih terjaga dan terpelihara,” katanya kepada pemberita selepas sesi persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu hari ini. 

Satiful Bahari berkata mengenai kemasukan seksyen melibatkan perbomohan dan sihir, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk memantau perkara tersebut bagi memastikan masyarakat Islam di Terengganu tidak mendapatkan rawatan alternatif yang bercanggah hukum Islam dan hukuman dikenakan hanya melibatkan perawat, bukannya pesakit. 

Bagi seksyen berkaitan orang perempuan berlagak seperti lelaki pula, katanya sebelum ini peruntukan undang-undang sedia ada hanya melibatkan lelaki menyerupai perempuan. 

“Sebab dahulu mungkin tidak ada sangat isu ini (perempuan menyerupai lelaki), tetapi kita tengok sekarang kes ‘pengkid’ dan sebagainya semakin berleluasa jadi kerajaan negeri berhasrat untuk membendung isu ini,” katanya. 

Selain kemasukan empat seksyen tersebut, katanya pindaan pada hari ini juga melibatkan 21 seksyen yang sedia ada dan akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Sumber: Malaysiakini

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Nuzul Al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir Al-Quran

Umat Islam diajak agar memanfaatkan ruang yang ada untuk menekuni kupasan dan tafsir al-Quran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala, namun ia tidak harus terhenti sekadar itu selain dituntut untuk bertadabbur (berusaha) memahami seruan dan gesaan Qurani yang sarat dengan mesej akhlak dan kemanusiaan sejagat.
  • “Bahkan memahami mesej al-Quran itu seharusnya lebih ditekankan kerana al-Quran itu hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah. Ibrah (pengajaran) yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas),” katanya dalam catatan di Facebook bersempena sambutan Nuzul al-Quran hari ini.

KUALA LUMPUR – Umat Islam diajak agar memanfaatkan ruang yang ada untuk menekuni kupasan dan tafsir al-Quran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala, namun ia tidak harus terhenti sekadar itu selain dituntut untuk bertadabbur (berusaha) memahami seruan dan gesaan Qurani yang sarat dengan mesej akhlak dan kemanusiaan sejagat.

“Bahkan memahami mesej al-Quran itu seharusnya lebih ditekankan kerana al-Quran itu hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah. Ibrah (pengajaran) yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas).

“Tiap mauduk (tajuk) perbahasan, tiap kisah dan riwayat, baik kisah pemuda al-Kahfi atau kisah Nabi Allah Yusuf AS, kesemuanya sarat dengan roh perjuangan dan iktibar yang mendalam. Menekuni tiap ayat bagai menggenggam cahaya obor yang menyoroti kejadian dan menerangi jalan ke hadapan,” katanya dalam catatan di Facebook bersempena sambutan Nuzul al-Quran hari ini.

Anwar berkata penghayatan mesej hikmah al-Quran akan mendidik umat Islam menjadi insan yang bertaqwa, berakhlak mulia, adil dan sederhana dalam segenap perkara.

“Meski di akhirnya kita hanya berhasil meneguk setitis air dari lautan luas hikmah kebijaksanaan al-Quran, namun Allah SWT tidak pernah memberati hamba-Nya dan yang demikian itu cukup buat melunasi bahagian penting dari kehidupan kita sebagai manusia dalam bahtera kehidupan ini.

“Moga perdampingan kita dengan al-Quran menjadi penyuluh hidup di dunia dan pembelaan di akhirat kelak. Selamat memperingati peristiwa Nuzul al-Quran,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending