Connect with us

Terkini

Suhakam cadang tubuh jabatan, institusi khas kanak-kanak

Sebuah jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak perlu ditubuhkan di negara ini bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kumpulan bawah umur itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal.
  • Sebuah jabatan atau institusi khas bagi kanak-kanak harus ditubuhkan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kumpulan bawah umur itu.
  • Institusi sedia ada ketika ini hanya menumpukan kepada pelbagai peringkat umur dan tiada jabatan khusus untuk kanak-kanak.
  • “Jadi saya harap kita perlu fokus dan kerajaan perlu serius untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan menjaga kepentingan dengan menubuhkan jabatan khas,” – Pesuruhjaya Suhakam, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal.

KUALA LUMPUR : Sebuah jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak perlu ditubuhkan di negara ini bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kumpulan bawah umur itu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, institusi sedia ada ketika ini menumpukan kepada pelbagai peringkat umur dan tiada jabatan khusus untuk kanak-kanak.

Menurut beliau, negara memiliki 9.7 juta kanak dan jumlah itu tidak sepadan untuk dijaga oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“JKM itu sendiri menjaga OKU (orang kurang upaya), mangsa banjir, akhirnya bahagian kanak-kanak itu di mana? Unit kanak-kanak di kementerian itu ada berapa orang? Itu tidak mencukupi.

“Kita perlukan bahagian kanak-kanak yang ada 300 ke 400 pegawai pelindung. Di negeri dan daerah pun, pegawai dia sekejap pakai topi (berkhidmat) pegawai pelindung, sekejap pakai topi pegawai pelindung, sekejap pegawai akhlak.

“Jadi saya harap kita perlu fokus dan kerajaan perlu serius untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan menjaga kepentingan dengan menubuhkan jabatan khas,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Ujarnya, terdapat kira-kira enam kementerian yang ada ketika ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak.

Namun, tiada institusi khas hanya untuk kanak-kanak ditubuhkan dalam kementerian berkenaan.

“Melalui pengalaman saya, sebelum ini, apabila kita menelefon Kementerian Pendidikan misalnya, mereka tanya saya encik nak bercakap pasal apa. Saya kata, saya nak cakap pasal kanak-kanak. Namun, kadang-kadang mereka ajukan kepada bahagian yang tidak fokuskan kepada kanak-kanak.

“Jadi, kita tidak boleh work in silo, kita perlu gabungan yang terbaik dan selaraskan dan baru nampak mantapnya memberi kepentingan kepada kanak-kanak,” katanya.

Selain itu, Noor Aziah berharap satu talian khas untuk kanak-kanak diwujudkan bagi memudahkan golongan itu menghubungi dan meluahkan perasaan mereka terutama dalam kes pengabaian atau penderaan.

“Kita perlukan satu talian khas supaya kanak-kanak sendiri boleh buat laporan. Mesti ada pakar yang boleh berbual dengan mereka sebab kita ada kes mental stress kalangan mereka. 

Sekurang-kurangnya pakar itu boleh beri ketenangan kepada mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, kesalinghubungan koordinasi dan data melibatkan pengabaian dan penderaan kanak-kanak perlu diselaraskan.

“Bagi saya, perlunya koordinasi ini. Kita memang mengkoordinasi dalam Pesuruhjaya Kanak-Kanak. NGO kanak-kanak juga perlu terlibat. Namun, kalau tidak ada koordinasi, maka di mana penyelarasannya?

“Kita perlu ambil kes ini secara serius bagi mengelak kes penderaan berlaku. Kita perlu menambah baik sistem yang ada,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending