Connect with us

Terkini

SPRM minta individu tampil serah bukti penyelewengan dana RM600 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meminta pihak yang mempunyai bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana negara berjumlah RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tampil menyerahkan maklumat itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

SPRM minta individu tampil serah bukti penyelewengan dana RM600 bilion
Foto: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
  • “Individu berkenaan diminta hadir ke pejabat SPRM terdekat dan sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen berkenaan,” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meminta pihak yang mempunyai bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana negara berjumlah RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tampil menyerahkan maklumat itu.

“Individu berkenaan diminta hadir ke pejabat SPRM terdekat dan sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen berkenaan,” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Agensi itu turut mengesahkan sudah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan dana berkenaan.

“SPRM akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional daripada semua sudut berkaitan isu ini,” kata SPRM.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *