Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel sekat kemasukan bekalan perubatan ke Gaza

Larangan negara pengganas Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel sekat kemasukan bekalan perubatan ke Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Larangan negara pengganas Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya.
  • Pihak berkuasa rejim Israel enggan membenarkan peralatan perubatan termasuk peranti diagnostik memasuki ke Gaza.
  • “Kekurangan perkhidmatan perubatan meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya,”- kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ibrahim Abbas.

 

GAZA, 2 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Larangan negara pengganas Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ibrahim Abbas berkata, pihak berkuasa Israel enggan membenarkan peralatan perubatan termasuk peranti diagnostik masuk ke Gaza.

“Kekurangan perkhidmatan perubatan meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya,” katanya.

Beliau berkata larangan itu juga menyukarkan usaha untuk membaiki peranti perubatan kerana kekurangan alat ganti.

Susulan itu, Ibrahim menggesa masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia segera campur tangan bagi menekan Israel supaya membenarkan kemasukan peralatan perubatan.

Tindakan itu perlu bagi menyelamatkan nyawa pesakit Palestin di Gaza.

Semenanjung Gaza yang juga rumah kepada 2.3 juta penduduk telah bergolak di bawah sekatan rejim Israel selama bertahun-tahun sejak 2007.

Ia menjejaskan kehidupan di wilayah itu dengan teruk. – Agensi

 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending